[VIDEO] "Tak dapat travel, dapat dengar suara pun jadilah'- Intonasi taklimat pusat vaksin IDCC bagaikan di airport

Iklan
1

PROGRAM vaksinasi di seluruh negara sedang rancak dijalankan oleh kerajaan demi memastikan penularan wabak Covid-19 di negara ini berkurang dan terkawal.

Salah satu yang sedang aktif beroperasi ialah Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Iklan
Iklan

Seramai 133,376 individu divaksin sepanjang lebih dua minggu inisiatif Pelawaan Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan.

PPVAZ di IDCC beroperasi dengan kapasiti vaksinasi 3,000 dos sehari sekali gus menjadikannya sebagai PPV kedua terbesar di seluruh Malaysia.

Iklan

Baru-baru ini tular video dirakam penerima vaksin mengenai sesi taklimat kendalian sukarelawan di PPVAZ IDCC.

Iklan

Lenggok bahasa dan pertuturan sukarelawan tersebut seakan-akan pengumuman yang lazimnya dilakukan di lapangan terbang atau di dalam pesawat.

Wah! Sedikit sebanyak mengubati kerinduan orang ramai yang dah lama tak menaiki kapal terbang.

Rupa-rupanya pengguna Twitter itu turut memaklumkan kebanyakan sukarelawan di PPVAZ terdiri daripada bekas kakitangan syarikat penerbangan yang biasa berkhidmat di awan biru.

 

Rata-rata warganet mengimbau momen berada di dalam pesawat, malah ada yang berjenaka bersiap-siaga kelengkapan untuk mengembara seperti pasport dan bagasi.

Ada juga berkongsi pengalaman semasa mendapatkan suntikan di IDCC yang teratur dan selesa.

"Macam bahagia sahaja dapat dengar suara macam ni. Tak dapat travel, dapat dengar suara pun jadilah,” kata pengguna Twitter @BajuriLily

"Hebat! Anda memang terbaik. Rindu nak fly, rindu nak dengar announcement, rindu semualah,” kata pengguna Twitter @nenaslychee

"Terus nak cari passport dan kemas beg. Bila lah boleh jumpa awak-awak yang berkebaya tarik beg,” kata pengguna Twitter @WaheedaAhmed

"Rindunya nak serabut-serabut, cemas-cemas kat airport pukul lima pagi sebab flight pukul,” kata pengguna Twitter @merasukadress.

"IDCC best... parking senang, announcer maca dekat airport/dalam flight, dapat sekotak produk Nestle. Smooth sahaja process dia dari awal sampai habis. Balik cucuk rasa happy,” kata pengguna Twitter @missfiza

Syabas buat sukarelawan dan kakitangan barisan hadapan yang sentiasa memberikan yang terbaik. Semoga proses pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia dapat dijalankan dengan segera agar imuniti kelompok dapat dibentuk dalam kadar yang cepat.