4 varian baharu MINI Electric lebih progresif, mesti ramai akan jatuh cinta!

Iklan
MINI Electric

NAMPAKNYA MINI berjaya menarik perhatian ramai apabila jentera elektrik generasi terbaharu telah diperkenalkan baru-baru.

Ia lebih istimewa kerana disifatkan bakal menyempurnakan gaya hidup moden generasi milenial.

Iklan
Iklan

Empat varian terkini dilihat lebih segar dengan reka bentuk lebih elegan, malahan membuatkan peminat jenama premium itu teruja apabila didatangkan ciri sofistikated.

Iklan

Ya! 100 peratus dikuasakan dengan elektrik. Selain didatangkan dengan varian standard, MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible juga mampu mencuri tumpuan anak muda.

Berkongsi keunikan jentera canggih tersebut, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, varian MINI Electric terkini itu julung-julung kali diperkenalkan di negara ini.

Iklan

"Kami berbesar hati menyaksikan model generasi baharu ini mampu menggarap kejayaan di Malaysia. Pastinya, walaupun reka bentuk yang lebih progresif, namun masih menjiwai daya tarikan dan sejarah jenama ini.

"Sejak MINI Countryman Plug-In Hybrid diperkenalkan sejak tahun 2008, lebih 250 kenderaan berelektrik MINI berjaya menembusi pasaran setempat.

"MINI Electric juga melakar sejarah tersendiri apabila lebih 30 unit sudah terjual sejak Ogos lalu," katanya.

Kejayaan itu menurut de Visser, satu kemenangan buat MINI Malaysia sekali gus menunjukkan pengguna tempatan semakin cenderung untuk memiliki jentera elektrik pada masa akan datang.

Cukup sinonim dengan pemanduan ala go-kart, jom kita lihat kehebatan jentera comel itu dengan ciri berikut:

1. Reka bentuk

Selain menampilkan bampar hadapan baharu diserikan tirai udara dengan ciri aerodinamik, lingkaran berwarna hitam menyerlahkan lagi komponen gril radiator berbentuk heksagon.

Lampu LED Adaptif dengan fungsi matriks ditambah baik dengan perumah dalaman berona gelap dan berglos tinggi. Sudah pasti, penampilan sisi moden merangkumi indikator LED dan sisipan khas 'Electric' membuatkan jentera comel itu lebih mengancam.

2. Bebas karbon

Dikuasakan dengan motor elektrik berkuasa tinggi, dibangunkan BMW Group mampu memberikan keterujaan maksima dengan pecutan abad dalam masa 7.3 saat dan pada masa sama, bebas karbon.

Selain menawarkan pelbagai alternatif pengecasan sama ada di rumah atau fasiliti awam, masa diperlukan kira-kira 36 minit untuk mencapai 80 peratus kapasiti bateri.

3. Lebih praktikal

Bukan saja menonjolkan reka bentuk interior yang moden dan menawan, desain panel hitam baharu menyerlahkan MINI Navigation System 8.8 inci yang lengkap dengan MINI Connected.

Ciri canggih tersebut mengandungi fungsi cukup praktikal seperti concierge services, teleservices, servis jarak jauh, panggilan kecemasan pintar, MINI dalam talian dan Apple CarPlay.

Kluster Instrumen Digital itu mampu memaparkan maklumat penting berkenaan dengan status pengecasan kenderaan seperti peratusan pengecasan, jarak operasi berbaki, suhu di luar kenderaan serta Mod Pemanduan MINI semasa.

4. Pembantu serba boleh

Mungkin ini antara ciri yang ditunggu-tunggu peminat jenama premium tersebut kerana membantu pemanduan lebih selamat dan selamat.

Sebagai contoh, Green Driving Assistant (GDA) berfungsi seperti pembantu jarak operasi (Range Assistant) yang menyediakan pelbagai bantuan kepada pemandu ketika kehabisan bateri.

GDA boleh menyarankan laluan lebih efisien, mod pemanduan atau stesen pengecasan yang terdekat supaya pemandu dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Di samping itu, aplikasi MINI App baharu menawarkan MINI Electric satu pengalaman lebih canggih kerana pemilik boleh mengakses jentera MINI pada bila-bila masa sama ada status parking atau menghidupkan penyaman udara dari jauh.

Wow! Hebat bukan? Seperti model terdahulu, MINI Electric baharu juga dilengkapi dengan sistem Driving Assistant sebagai standard merangkumi info had laju, amaran pejalan kaki dan kawalan penghampiran objek selain bantuan meletakkan kenderaan, jarak parking serta kawalan luncur.

Fitur baharu yang didatangkan dengan pilihan rona eksklusif iaitu White Silver dengan bumbung hitam dan aksen berwarna Energetic Yellow; British Racing Green dengan bumbung hitam dan pelitup cermin sisi hitam dan Midnight Black dengan bumbung putih serta aksen berwarna Energetic Yellow.

Bagi yang tertanya-tanya, harga yang ditawarkan bermula RM 217,470.73 (tanpa insurans) dan untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.mini.my.

Pelanggan boleh menempah varian masing-masing dengan bayaran RM1,000 saja.