Permohonan i-Sinar 2.0 palsu, ramai berharap i-Lestari disambung

Iklan
4

PELAKSANAAN Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown bertujuan untuk mengawal penularan Covid-19 secara tidak langsung menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya mereka yang memperoleh gaji harian.

Selain penangguhan bayaran pinjaman bank dan moratarium terdapat juga bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP1.0).

Iklan
Iklan

Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antaranya ditawarkan kepada ahli pada 1 April 2020.

Ia membantu meringankan beban kewangan dihadapi ahli dan majikan sepanjang tempoh PKP yang mana pengeluaran daripada Akaun 2.

Iklan

 

Iklan

 

Kemudian, pihak disusuli pula i-Sinar pada 21 Disember 2020 pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 untuk kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, KWSP dalam satu kenyataan menafikan dakwaan wujudnya pengeluaran i-Sinar 2.0 seperti yang tersebar akhir-akhir ini.

"Ini adalah mesej palsu yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021.

"Untuk makluman, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada ahli hingga 30 Jun 2021.”

Selain itu, KWSP juga memohon agar para ahli berhati-hati dan mendapatkan informasi sahih menerusi i-Sinar Online dan media sosial rasmi pihaknya.

"Jangan kongsi maklumat yang tidak sahih.

"Berwaspada dengan mesej tidak tepat berkenaan permohonan i-Sinar yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas.”

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat KWSP, sesetengah warganet menyarankan agar i-Lestari dan i-Sinar diteruskan untuk fasa kedua sepanjang tempoh total lockdown ini.

Pun begitu, diharapkan korang tidak menyebarkan maklumat yang salah dan berita palsu berkenaan i-Sinar dan kewujudan i-Sinar 2.0.

Sumber: KWSP