#SiBibirMerah: Warga emas tak perlu risau suntik vaksin. Rujuk pakar, usah percaya dakyah

Iklan
warga emas

SEMALAM Bibir Merah berbalas WhatsApp bersama seorang sahabat. Kami berbual macam-macam perkara daripada kisah study zaman di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, isu semasa sehinggalah menyentuh perihal vaksin Covid-19.

Beliau menzahirkan rasa lega selepas sempurna mendapatkan suntikan dos pertama vaksin keluaran AstraZeneca pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Pun begitu, apa yang menarik perhatian Bibir Merah apabila beliau memberitahu belum mendaftarkan slot ibu bapanya untuk suntikan vaksin.

Iklan

Pendapat Bibir Merah mengenai suntikan vaksin baik dalam kalangan generasi muda, dewasa mahupun warga emas kita seharusnya merujuk doktor berbanding mempercayai dakyah itu dan ini. Tak sahih!

[caption id="attachment_48423" width="1024"] ANAK-ANAK dinasihatkan segera mendaftarkan slot suntikan vaksin Covid-19 buat ibu bapa. Sebaiknya rujuk pakar berbanding mempercayai maklumat tak sahih.[/caption]

Iklan

Paling tidak pun cuba mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan menerusi media sosial sepertimana dilakukan oleh teman sepejabat Bibir Merah.

Sebaik sahaja memuat naik status berhubung suntikan vaksin untuk warga emas teman tersebut mendapat pelbagai maklum balas yang boleh dijadikan rujukan.

Antara perkongsian komen positif:

@ChOmel Nya Azie: "Alhamdulillah mak dengan ayah mertua okey je selepas ambil vaksin."

@Watie Shaharin: "Mak vaksin semalam, ayah petang tadi. So far kedua-duanya alhamdulillah. Tiada side effect.

"Moga mereka sihat dan tiada kesan sampingan. Mak umur 77 tahun. Ayah 74 tahun. Mak ade darah tinggi, gastrik, vertigo dan sakit saraf. Ayah pula jantung, darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Memang super risau."

@Ika Abdullah Hamzah:"Okey, alhamdullilah banyak mendoakan my parents. Cuma penting makan vitamin."

@Razmin Rizki Ramadhani:"Ayah berusia 70 tahun, mak 69 tahun. Ayah vaksin Pfizer manakala mak Sinovac. Kedua-duanya alhamdulillah. In general it depends on our body."

@Normala Eusoff: "Alhamdulillah mak sudah ambil suntikan berusia 78 tahun. Dapat Pfizer tiada demam. Cuma sakit kepala sekejap makan ubat setel."

@Noor Azlina Jaafar: "Ayah pun sudah ambil dua minggu lepas. Tiada kesan apa-apa. Dia cakap sebelum vaksin selalu tak larat buat kerja sikit nak baring. Cepat letih.

"Selepas vaksin rasa lebih sihat. Ta berapa letih sangat dah. Neet week dos kedua. Ayah umur 78 tahun."

Alhamdullilah...majoriti warga emas yang selesai mendapatkan suntikan vaksin sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.