Tak mahu anak ketinggalan kerana pandemik Covid-19, mak ayah perlu bertindak

Iklan
6

KRISIS Covid-19 sejak Mac 2020 menyaksikan pelbagai sektor terjejas. Sektor pendidikan adalah salah satu daripada bidang penting yang turut menerima tempiasnya.

Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan bagi menyekat penularan wabak ini menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran bersemuka di sekolah tidak dapat direalisasikan.

Iklan
Iklan

Walau pun sekolah dibuka untuk pembelajaran bersemuka namun tempohnya hanya seketika menjadikan anak-anak menjadi antara golongan yang paling terkesan. Malahan ada yang ketinggalan.

Paling ditakuti ialah mereka menjadi ‘lost generation’ yang gagal menguasai sesuatu kemahiran yang sepatutnya pada usia tertentu.

Iklan

Bagaimanapun langkah Kementerian Pendidikan menggantikan pembelajaran secara bersemuka dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membantu mereka untuk terus menimba ilmu mengikut sukatan yang ditetapkan.

Iklan

Ekoran daripada perubahan ini, penglibatan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak adalah sangat mustahak. Antaranya menyediakan bahan bacaan dan ulangkaji yang praktikal seperti akhbar dalam bilik darjah.

Menurut Editor Pengurusan Content Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin, dengan meletakkan kemenjadian dan mengasah skil pelajar sebagai tujuan utama, langkah ini diambil supaya ibu bapa dan semua pihak terlibat seiring dalam pendidikan anak-anak dengan

 

Jadi, mulai esok pastikan  korang  mula dapatkan sisipan GPS Bestari setiap kali membeli akhbar Sinar Harian untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dunia pendidikan.

Anak-anak juga pasti sudah tentu akan lebih seronok kerana mereka juga ada ‘habuan’ bahan bacaan setiap kali korang membeli akhbar Sinar Harian. Untuk maklumat lanjut layari gpsbestari.com