5 webcam terbaik bawah RM200 sesuai untuk BDR dan PdPR

Iklan
5 webcam terbaik bawah RM200 sesuai untuk BDR dan PdPR

SEJAK Covid-19 kembali ‘menggila’, kebanyakan daripada kita terpaksa bekerja dari rumah (BDR). Suka atau tidak, suasana normal baharu itu tetap perlu dilakukan.

Langkah tersebut bagi mengurangkan risiko, sekali gus memutuskan rantaian penularan wabak yang boleh membawa maut.

Iklan
Iklan

Oleh itu, mungkin ada antara korang yang sedang mencari sebuah webcam untuk tugasan harian BDR atau guru dan murid yang belajar dari rumah (PdPR) dengan harga bajet.

Iklan

Setiap apa yang diajar akan dipaparkan menerusi webcam. Untuk pastikan penyampaian tersebut 'sampai' kepada murid-murid dengan baik, mestilah perlu dapatkan sebuah webcam yang terbaik.

Begitu juga dengan golongan yang bekerja dari rumah. Pasti banyak mesyuarat dan perbincangan penting berkumpulan yang perlu disertai.

Iklan

Mungkin ada menggunakan komputer yang tiada build-in webcam atau pun sebuah laptop dengan fungsi webcam sedia ada yang sangat rendah.

Di pasaran sekarang, sebenarnya terdapat banyak variasi atau jenis webcam mengikut bajet.

Sebenarnya tidak semestinya yang murah itu tidak elok. Tetapi atas kos dan kekangan bajet, korang boleh cari webcam yang menawarkan harga berpatutan tetapi dengan kualiti yang baik.

Antara kualiti yang terpenting dalam sesebuah webcam adalah pada resolusinya.

Senarai ini disediakan untuk memudahkan korang membuat pilihan. Ini lima webcam murah yang boleh dapatkan untuk tahun 2021.

 

  • Panggilan video HD 720p dengan skrin lebar dan lebih jelas.
  • Mikrofon tersedia dengan ciri noise reducing.
  • Klip universal. Boleh klik pada skrin komputer.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.5m.
  • Harga : RM179

2 - AverMedia PW313 Full HD Webcam

Jenama AverMedia ini merupakan webcam plug and play menggunakan USB. Ini bermakna, korang tidak perlu untuk install apa-apa aplikasi untuk menggunakannya. Selain sesuai digunakan ketika PdPR, ianya boleh digunakan ketika streaming dan gaming juga.

  • Panggilan video 1080p30 Full HD yang pastinya memberikan kualiti video yang lebih menarik.
  • Boleh dipusing 360-degree yang membolehkan korang merakam dalam pelbagai sudut.
  • 2MP senso.
  • Fixed focus.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.5m.
  • Harga : RM199

  • Jaminan sehingga dua tahun.
  • Video resolusi sehingga 2560*1440 (FHD 1140p).
  • Plug and Play (tidak perlu install apa-apa software).
  • 2 microfon dengan ciri noise reduction.
  • 85-degree lensa sudut lebar.
  • Ada lens protector.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.5m.
  • Harga : RM148

4 - CLiPtech I-SEEU Webcam

Model ini merupakan antara yang termurah dalam senarai iaitu kurang daripada RM100. Tetapi masih menawarkan ciri yang baik dan berkualiti. Ianya menawarkan resolusi video Full HD 1080p dengan 30fps. Lensa sudut lebar sehingga 77-degree. Selain itu, ianya mempunyai ciri auto focus.

  • Jaminan selama 1 tahun.
  • Video resolusi sehingga 1080p Full-HD.
  • Ada ciri auto focus.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.5m.
  • Harga : RM96

Baca juga Tak mahu anak ketinggalan kerana pandemik Covid-19, mak ayah perlu bertindak

  • Jaminan waranti selama 1 tahun.
  • Video resolution sehingga 2560x1440p (2k quad HD).
  • Mikrofon built-in.
  • Kamera 4MP.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.4m
  • Harga : RM115

Harap senarai webcam terbaik bawah RM200 ini memberi manfaat kepada semua termasuk guru dan murid bagi mengadakan sesi PdPR dan juga pekerja yang BDR sepanjang tempoh pandemik ini.

Sumber: HELLOKERJA