Versi baharu Gossip Girl kembali di HBO GO

Iklan
GOSSIP GIRL

DRAMA bersiri Gossip Girl yang cukup digemari ramai sekitar tahun 2007, kini kembali menemui penonton dengan kemeriahan berganda.

Gossip Girl versi baharu bakal bersiaran secara eksklusif di saluran HBO, serentak dengan tayangan perdana siri itu di Amerika Syarikat pada 8 Julai depan.

Iklan
Iklan

Barisan pelakon yang tampil dalam siri ditunggu ramai itu antaranya ialah Jordan Alexander, Eli Brown, Thomas Doherty, Tavi Gevinson, Emily Alyn Lind, Evan Mock, Zion Moreno, Whitney Peak dan Savannah Lee Smith.

Menariknya, siri original dihasilkan oleh Joshua Safran yang bertindak sebagai penulis dan penerbit eksekutif, merupakan kesinambungan kepada siri klasik budaya pop yang kembali ke Upper East Side.

Iklan

Remaja generasi baharu yang belajar di sekolah persendirian kota New York itu akan dihantui semula dengan pengawasan sosial, sembilan tahun selepas blogger asal menghilangkan diri.

Iklan

Naskhah yang diangkat daripada novel popular oleh Cecily von Ziegesar itu mengeksplorasi bagaimana media sosial dan latar kota New York telah berubah dalam tempoh masa sejak siri asal dirakam.

Terdahulu siri asal Gossip Girl pernah mencipta populariti selama enam musim dan berjaya menaikkan nama barisan pelakonnya seperti Blake Lively, Leighton Messter, Penn Badgley, Chase Crawford, Taylor Momsen dan Ed Westwick.

Penonton boleh strim atau muat turun siri baharu Gossip Girl di HBO GO atau layari HBO GO melalui pautan https://www.hbogoasia.com/.