Pegawai kadet TLDM lulus akademi laut berprestij AS, jadi kebanggaan rakyat Malaysia!

Iklan
2

JIKA tidak dipecah ruyung, mana boleh mendapat sagunya.

Peribahasa tersebut tepat untuk menceritakan pengorbanan yang perlu ditempuhi seseorang untuk menempah sebuah kejayaan.

Iklan
Iklan

Bagi Pegawai Kadet Ahmad Yusuf Ahmad Azani pengorbanannnya yang sanggup berjauhan dengan keluarga selama empat tahun membuahkan kejayaan manis.

Masakan tidak anak muda berusia 21 tahun ini pulang sebagai wira negara.

Iklan

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja yang memulakan pengajian di Akademi Laut Amerika Syarikat (USNA), Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2017 itu berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Operasi Siber.

Iklan

Tentera Laut Diraja Malaysia dalam hantaran di media sosial menzahirkan ucapan tahniah Pegawai Kadet Kanan Ahmad Yusuf.

"Tahniah diucapkan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Ahmad Yusuf bin Ahmad Azani yang telah berjaya menamatkan pengajian di USNA pada 28 Mei 2021.

"PKK Ahmad Yusuf telah mengikuti latihan di USNA sejak 19 Jun 2017 dan pulang ke tanah air dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Operasi Siber pada 4 Jun 2021. Pegawai kini sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mengikut prosedur Covid-19 ditetapkan.”

Difahamkan, anak kepada Ahmad Azani dan Dr Yasmin Mohd Hasni tersebut akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM dan bakal mengikuti Kursus Kelayakan Pegawai Eksekutif di KD Sultan Idris I pada September depan.

Majlis graduasi pegawai telah dihadiri Defence Attaché, Brig. Gen. Datuk Saadon Hasnan dan isteri.

Untuk pengetahuan korang, persaingan untuk memasuki USNA sangat sengit. Saban tahun akademi itu menerima 15,000 hingga 18,000 permohonan kemasukan dan hanya tujuh peratus calon yang berjaya mendapat tempat!

Kejayaan yang dilakar itu bukan calang-calang. Setakat ini hanya 40 pegawai kadet warga Malaysia berjaya menempatkan diri di akademi itu.

Selain USNA, terdapat beberapa akademi ketenteraan yang berprestij di AS menerima masuk pegawai tentera Malaysia iaitu United States Air Force Academy, Colorado dan United States Military Academy, New York.

Semoga dengan kejayaan membanggakan PKK Ahmad Yusuf akan menyuntik semangat anak muda lain untuk berusaha memajukan diri dalam apa jua bidang.

Sumber: TLDM, usna.edu