KUCING salah satu haiwan peliharaan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Teletahnya yang manja dan comel membuatkan ia sentiasa dimanja dan dibelai.
Betapa sayangnya pada kucing sehingga segelintir pemilik mengganggapnya sebahagian ahli keluarga, malah diberi nama panggilan istimewa.
Kajian mendapati mereka yang berada dalam keadaan kemurungan mampu pulih apabila berinteraksi dengan kucing.
Bukan itu sahaja, perlakuan membelai kucing juga dapat membantu menurunkan paras tekanan dan stres dihadapi.
Baca juga Black-Footed Cat, Kucing Kecil Berbahaya. Memburu Lebih Daripada Harimau Bintang!
Tahukah korang bahawa kucing berkomunikasi dengan manusia dengan bunyi mengiau? Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali Dr Redza Zainol.
Baca juga Seramnya, Kucing Ini Bermain Dengan Entiti Berambut Panjang, Berbaju Putih
Bagi pencinta kucing, perhatikan tingkah laku kucing korang. Jika ia mengiau-ngiau maksudnya perlu diberikan perhatian. Mungkin ia sedang ‘meminta’ sesuatu seperti makanan atau keperluan lain.
"Diharapkan dengan ini, korang akan mudah memahami kehendak si anak bulu.”
Bahagianya apabila mempunyai kucing peliharaan. Selain memulihkan kemurungan, memelihara kucing juga salah satu cara melatih diri menjadi seorang yang bertanggungjawab dan prihatin kepada sekeliling.
Sumber:"> Dr Redza Zainol