Hidung kerap gatal gara-gara pakai pelitup muka terlalu lama, ini cara mudah atasinya

Iklan

PASTINYA, pemakaian pelitup muka adalah asas kepada amalan norma baharu tidak kira di tempat awam, rumah ibadat, tempat kerja dan sekolah.

Ya, penulis akui ia bukanlah suatu perkara yang selesa dan menyenangkan.

Iklan
Iklan

Namun, kita tiada pilihan kerana situasi pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia memerlukan kita berbuat demikian.

Public Health Malaysia (PHM) melalui Facebooknya baru-baru ini berkata, walaupun anda merupakan antara yang telah divaksinkan, kalian masih disarankan untuk terus memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard sehinggalah tahap imuniti kelompok dicapai.

Iklan

Pun demikian, di sebalik pemakaian 'perisai' itu, timbul satu isu kesihatan lain iaitu masalah kegatalan hidung apabila terlalu lama mengenakan pelitup muka. Betul bukan?

Iklan

Terang PHM, keadaan itu kerap berlaku kerana bakteria dan virus sangat suka dengan persekitaran yang panas dan lembap.

Jadi, apabila kita memakai pelitup muka, mulalah hidung menjadi gatal-gatal.

Sebenarnya, menurut portal antarabangsa healthline.com, sekeping pelitup muka hanya boleh digunakan maksimum 8 jam sahaja.

Justeru, apakah langkah terbaik untuk atasi permasalahan itu?

Berikut PHM kongsikan tip-tipnya:

i) Pastikan pelitup muka diganti baharu jika sudah basah, kotor dan koyak.

ii) Jangan sesekali berkongsi pelitup muka dengan sesiapa sahaja.

iii) Tanggalkan pelitup muka sebentar di tempat selamat (tidak sesak).

iv) Boleh gunakan air garam isotonik

(sterimar) untuk cuci hidung secara berkala.

Oleh itu, saran PHM, untuk mengelakkan gatal hidung dan selain daripada kerap menukar pelitup muka, anda digalakkan untuk sentiasa membersihkan hidung menggunakan air garam isotonik.

Baca juga: Saran pakai double mask di tempat sesak, ini cara pakainya

Buat para pembaca yang berhadapan masalah itu, itulas solusi yang disarankan.

Jadi, mendapatkan produk itu di mana-mana kedai atau farmasi berdekatan anda. Semoga bermanfaat!