Guru Matematik dedah jadi ketagih, lalai bahana game online. Abai tanggungjawab pada keluarga

Iklan
Guru Matematik dedah jadi ketagih, lalai bahana game online. Abai tanggungjawab pada keluarga

BERBEZA dengan zaman dahulu anak muda kini lebih banyak memegang telefon pintar menghabiskan masa dengan permainan video online.

Kadangkala mereka sukar untuk menolak ataupun berhenti bermain dek terlalu asyik dengan game online tersebut.

Iklan
Iklan

Akhirnya tugasan harian yang seharusnya diselesaikan atau menjadi kewajipan terbengkalai berhari-hari.

Iklan

Inilah situasi dikongsikan oleh seorang pemuda yang juga merupakan guru Matematik, Mohd Fadli Salleh.

Beliau mengakui dirinya pernah tidak tidur selama dua malam dek taksub bermain game di telefon pintar.

Iklan

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana mendapat kesedaran awal daripada terus terjebak dalam dunia fantasi itu.

Enggan membiarkan diri hanyut dengan perkara sia-sia Mohd Fadli bangkit mengubah gaya hidup.

Menurutnya, permainan tersebut membuatkan sesiapa sahaja menjadi ketagih dan lalai.

Selain itu, Mohd Fadli juga berkongsi pengalaman seorang kawannya yang berdepan dengan 'kaki' game.

Baca juga Hidung kerap gatal gara-gara pakai pelitup muka terlalu lama, ini cara mudah atasinya

Pesan beliau, kepada yang telah terjebak, hentikanlah. Fokuskan kepada anak-anak dan isteri.

Memang tidak dinafikan ketagihan game online membawa implikasi buruk termasuk menjejaskan kesihatan mata, dan psikologi.

Selain orang sekeliling diabaikan, ia juga membazirkan masa dan wang.