Tak bermaya, hilang daya tumpu selepas sembuh. Long Covid hantui bekas pesakit koronavirus

Iklan
1

SEJAK kebelakangan ini peningkatan kes Covid-19 yang drastik amat membimbangkan, tambahan pula penularan kes sporadik dalam kalangan komuniti juga mencatatkan penambahan.

Siapa sangka jangkitan virus tersebut bukan seperti demam biasa yang mana ia menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Iklan
Iklan

Berikutan itu pelbagai inisiatif dilaksanakan agar masyarat sedar kepentingan mengelakkan diri daripada terkenan jangkitan Covid-19. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Iklan

Long Covid atau Post Covid Syndrome merupakan keadaan yang mana bekas pesakit masih mempunyai simptom berpanjangan kesan jangkitan wabak itu.

Menurut rujukan antarabangsa, NICE Guideline pesakit Covid-19 berkemungkinan mengalami beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih.

Iklan

Walaupun telah sembuh daripada jangkitan Covid-19, pesakit berkemungkinan mengalami simptom berpanjangan seperti sakit badan dan lesu. Malah, ada juga yang lemah ingatan dan kurang daya tumpu.

Tidak kurang juga pesakit masih mengalami kesukaran bernafas dan sukar melakukan aktiviti harian sebelum mendapat jangkitan Covid-19.

Jika korang mengalami gejala sedemikian selepas jangkitan Covid-19, maka dinasihatkan segera ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Baca juga Kagum! Doktor Hospital Di UK, Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19

Pastikan korang mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. Pembentukan imuniti kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Baca juga ‘Ini Semuanya Kesan Covid…” – Ashraf Muslim Dedah Alami Kesan Jangka Panjang Akibat Covid-19

Andalah frontliners negara. Kita bersama-sama berusaha mengelakkan diri daripada mendapatkan jangkitan wabak jahat tersebut.

Patuhi segala prosedur operasi standard dan amalkan Perintah Kawalan Pergerakan Kendiri.

Sumber: Program Perubatan KKM