Fiza kesal nombor telefon miliknya dikongsi tanpa kebenaran

Iklan
FIZA SABJAHAN

PENGACARA popular Fiza Sabjahan meluahkan rasa kesal apabila nombor telefon miliknya telah disebarkan tanpa kebenarannya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi status di laman Twitter milikknya, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 39, berkata, nombor tersebut digunakan untuk menghubungi dan berurusan dengan tetamu undangan program kendaliannya di studio.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun disebabkan sikap tidak amanah sesetengah pihak menyebabkan nombor tersebut terlepas kepada mereka yang tidak berkenaan dan menyalahgunakan nombor tersebut untuk mengganggu privasinya.

"Selain hosting, saya juga bertugas di belakang tabir. Jadi saya akan buat contact untuk tetamu dan sebagainya.

Iklan

"Nombor telefon yang saya hubungi untuk urusan jemputan ke studio, janganlah kongsi dnegan orang lain.

"Tiba-tiba ‘Cik dah makan ke belum? Cik saya nak keluar TV’. Saya tak mampulah nak pakai dua telefon,” luah Fiza yang mengakui kurang selesa dengan situasi tersebut.

Iklan

Apa yang luahkan Fiza itu ada asasnya kerana semua pihak perlu amanah dan profesional, selain tidak mengambil kesempatan dalam apa pun keadaan.

Ciapan pengacara dan penerbit program Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 itu turut mendapat perhatian rakan-rakan artis dan pengikutnya yang turut menyelar sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit.

 

(FOTO: Instagram dan Twitter Fiza Sabjahan)