SETIAP isi rumah di negara ini pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah peti ais.
Itulah storage penting untuk memelihara makanan dan minuman agar tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.
Namun demikian, apabila terlalu banyak makanan disimpan di dalam peti sejuk, memang kadangkala kita akan terlepas pandang beberapa item yang sudah melebihi tarikh luputnya (expired).
Itu satu hal, bagaimana pula kalau makanan yang expired itu mengeluarkan bau busuk?
Jenuhlah kita nak mencuci peti sejuk kita dan kerja-kerja pembersihan biasanya mengambil masa yang agak lama.
Namun, usah khuatir kerana terdapat satu cara yang sangat mudah bagi memberi 'nafas baharu' kepada peti sejuk anda.
Baru-baru ini, menerusi akaun TikTok @Sufri_Jamaluddin, beliau berkongsi trik untuk menghilangkan bau busuk peti ais.
Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengeluarkan segala isi perut peti ais dan tuangkan esen vanila pada sehelai kain bersih lalu dilap keseluruhan permukaannya alat mekanik itu.
Mudahnya dan paling penting harga sebotol esen vanila cuma RM1.90 hingga RM2.50 sahaja.Dalam video yang sama, Sufri turut memaklumkan tatacara itu juga boleh dipraktiskan pada ketuhar gelombang mikro (microwave). Penulis dah cuba dan ia memang berhasil!
Bagi ibu-ibu di luar sana yang sebelum ini pening memikirkan bagaimana ingin mengatasi masalah peti ais sejuk berbau, inilah ‘petuanya’.
Baca juga: Jangan guna minyak masak berulang kali, memudaratkan jantung. Berikut tip pilih minyak yang betul
Bukan sahaja dijamin wangi, malah peti ais juga akan bertahan lebih lama dan kelihatan bersih selepas ini.
Selamat mencuba!