Peminjam PTPTN terjejas pendapatan, boleh mohon penangguhan bayaran balik mulai 10 Jun 2021

Iklan
ptptn

PRIHATIN situasi peminjam yang terjejas pendapatan dek pelaksanaan Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown pada 1 Jun lalu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil inisiatif melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Pada masa sama, belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Iklan

Noraini menambah, butiran pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman itu akan diperincikan pihak PTPTN dan berharap keputusan berkenaan membantu meringankan beban ditanggung peminjam.

Iklan

Artikel berkaitanPortal MyFutureJobs Buka Peluang Pekerjaan, 4,609 Jawatan Kosong Menerusi Virtual Mini Job Hunt Ditawarkan Pada Peminjam PTPTN

[caption id="attachment_49052" width="1024"] PERMOHONAN penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah.[/caption]

Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook rasmi pihak PTPTN berkongsi tiga langkah mudah untuk memohon.

1. Layari www.ptptn.gov.my

2. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar

3. Semak e-mel kelulusan

Peminjam yang layak memohon adalah:

- Peminjam terjejas pendapatan

- Peminjam kehilangan pendapatan

Sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Terdahulu, kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam. Kemudian, memberi penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam terkesan selama tiga bulan antara Januari hingga Mei 2021.

Sumber: Bernama, Facebook PTPTN