BAGI yang pernah mengalami jangkitan virus Covid-19 pasti mengetahui betepa getirnya perjuangan melawan kesakitan untuk terus bertahan.
Lazimnya, pesakit Covid-19 peringkat satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan perlu melakukan pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah.
Sementara itu, tahap tiga, empat dan lima pula dimasukkan ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Berisiko Rendah atau hospital untuk dipantau dan dirawat.
Tahap ketiga biasanya pesakit mengalami jangkitan bergejala pada sistem pernafasan dan radang paru-paru.
Tahap empat pula pesakit mempunyai gejala radang paru-paru agak teruk sehingga ada yang memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
Bgai pesakit Covid-19 tahap lima gejala dialami memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) dan sebahagian daripadanya juga dibantu mesin bantuan pernafasan (ventilator).
[caption id="attachment_48388" width="1024"] Gambar hiasan Sumber: KKM[/caption]
Pun begitu, masih ramai yang tidak percaya akan kewujudan virus jahat terbabit.
Perkongsian seorang pengguna Tiktok yang dirawat di wad mendedahkan pelbagai cabaran perlu dihadapi pesakit.
Pemuda yang sedang dirawat di sebuah hospital memaparkan serba sedikit keadaan di dalam wad untuk membuka mata masyarakat.
Katanya masing-masing sedang bertarung melawan virus tersebut dalam keadaan nafas yang lemah ekoran kekurangan oksigen.
Baca juga Tak Bermaya, Hilang Daya Tumpu Selepas Sembuh. Long Covid Hantui Bekas Pesakit Koronavirus
"Macam mana rasanya kena Covid-19?. Ok abang kena Covid ni rasa ibarat nafas hilang. Abang ibarat lemas dalam air, cari oksigen.
"Saya first time kena blur gilalah. Memanglah Ya ALLAH dia cut pernafasan, jangan main-main.
"Virus ini duduk dekat dalam paru-paru, ia akan rosakkan paru-paru," ujarnya.
Di samping itu, rakaman lensanya juga tertumpu kepada beberapa pesakit di atas katil dalam posisi telangkup atau meniarap bagi membantu memulihkan pernafasan.
"Ok mereka ini sudah pulih. Mereka meniarap kalau tidak susah dapat oksigen.
"Sebab masa kita meniarap kita akan guna oksigen belakang yang akan bantu untuk pulihkan. Memang seksa bang,” tuturnya.
Baca juga Kagum! Doktor Hospital Di UK, Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19
Selain itu, lebih sayu apabila beliau merakam jenazah yang berada di atas katil dan menyifatkan itu pemandangan biasa dilaluinya setiap hari.
"Macam ginilah persekitaran. Hari-hari ada orang meninggal. Ini bukan tipu, betul-betul depan mata saya,” katanya.
Lelaki terbabit turut menceritakan tentang seorang lelaki warga emas yang mengalami strok. Lebih menyedihkan dalam keadaan sakit pakcik berkenaan turut dijangkiti Covid-19. Malah, semua penduduk sekitar kampung warga emas itu juga dijangkiti virus serupa.
"Benda ini tak nampak. Kita yang muda ni kuat, antibodi masih kuat lagi.
"Kasihan kepada orang tua. Kita jadi pembawa kepada warga emas sedangkan mereka tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.
"Tahu-tahu kena Covid-19, oksigen tak dapat support, meninggal dunia.
"So tolonglah. Jika video ini bermanfaat mohon share.
"Sekarang ni saya sudah buka mata, depan mata saya hari-hari orang meninggal. Wabak ini memang dahsyat,” luahnya.
https://www.tiktok.com/@fiszempire/video/6971221633134513410?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mencuci tangan.
Diharapkan pesakit yang sedang melalui detik getir sentiasa berfikiran positif dan sembuh segera. Semoga kita berwaspada dan melakukan yang terbaik mengelakkan jangkitan ini.
Direkodkan, setakat semalam sebanyak 633,891 kes positif Covid-19 dilaporkan yang mana 3,611 telah meninggal dunia. Penularan pandemik yang berlaku di seluruh dunia benar-benar memberikan kesan kritikal dalam kehidupan kita hari ini.
Sumber: @fiszempire