KEHIDUPAN berumah tangga perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna, memadai menerima kelemahan dan kekuatan pasangan seadanya.
Pada masa sama, sentiasa menghargai dan berusaha mengembalikan kebahagiaan sekiranya tersasar daripada landasan perkahwinan.
Disebabkan itu, kadangkala para isteri sengaja buat-buat 'tidak pandai'.
Menerusi perkongsian di Facebook, beliau turut menyenaraikan beberapa situasi isteri buat-buat tak pandai antaranya:
1. Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh pandu sendiri, tetapi apabila hendak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2. Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu rumah, tetapi nak buang sampah,"abang sampah dah penuh!” Setakat tu je dia pandai.
3. Dia boleh jaga anak sendirian. Mandi, makan, cebuk anak tiada masalah, tetapi apabila anak bergaduh atau mengamuk"abang tolong tegur sikit budak-budak ni.”
4. Dia boleh terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau-senda, tetapi apabila anak-anak tak buat begitu dia cepat sentap."Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”
Artikel berkaitan: Tidak melatah isu ‘buat bodoh-bodoh’, Prof Muhaya mohon maaf timbulkan perbalahan dan sangkaan kalangan warganet
Ternyata, apabila setiap pasangan melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing barulah harmoni rumah tangga kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain. #tilljannah