Tak boleh duduk ketika ziarah kubur, ini adab yang sering diabaikan

Iklan
Ziarah kubur

SETIAP kali menziarahi pusara kaum keluarga, bermacam-macam ragam orang kita dapat perhatikan.

Ada yang khusyuk membaca Surah Yasin, mengirimkan bacaan al-Fatihah dan tidak kurang juga yang menitipkan doa buat insan tersayang yang sudah tiada lagi di dunia.

Iklan
Iklan

Meskipun demikian, ada satu gelagat yang kadangkala sukar untuk kita sisihkan daripada pandangan mata. Ada orang yang sanggup duduk di atas kepok kubur ahli waris mahupun pusara bersebelahan.

Perbuatan itu agak sukar diterima apatah lagi jika binaan kubur tersebut terukir indah dengan bait-bait ayat suci al-Quran. Malah, ada sebahagian kepok kubur berkenaan menulis lafaz Innalillahi wa inna ilaihi raji’un dalam tulisan jawi.

Iklan

Bolehkah kita duduk atas kubur si mati yang ada ukiran ayat al-Quran itu?

Baca juga Elak seksaan kubur, jom sama-sama amalkan Surah al-Mulk setiap hari

Iklan

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, pada asasnya, hukumnya haram jika membuat binaan kubur di atas tanah milik wakaf.

[caption id="attachment_3610" width="1024"] DA'I FUAD[/caption]

"Begitupun, jika tanah itu memang milik sendiri, tiada masalah untuk kita membuat binaan atau kepok.

"Adapun, ulama-ulama dalam Mazhab as-Syafi’iyyah mengizinkan andai kita meletakkan kepok sebagai penanda kubur. Cuma apa yang menjadi masalahnya apabila kita meletakkan ayat al-Quran atau menulis lafaz istirja’ (innalillah) pada binaan berkenaan,” katanya.

Ujar beliau lagi, pada hakikatnya, kita tidak boleh duduk di atas binaan kubur tadi, hatta memijak ataupun melangkah mana-mana pusara. Ia merupakan antara adab ketika menziarahi pusara.

[caption id="attachment_49186" width="1024"] JAGALAH adab ketika menziarahi pusara sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat dan tidak duduk di atas binaan kubur di situ.[/caption]

"Antara salah satu sunah Nabi Muhammad SAW yang ditinggalkan sebelum baginda wafat adalah ketika berada di kubur, kita tidak boleh duduk di sana.

"Ini bermakna, kita kena berdiri apabila berada di tanah perkuburan. Justeru, janganlah kita duduk di kubur kerana ia telah melanggar adab dan juga akhlak apabila ziarah pusara,” nasihatnya.

Foto: Bernama