Bantu barisan hadapan, Neelofa sumbang katil pada hospital

Iklan
Untitled design (9)

PENGACARA dan usahawan terkenal, Neelofa mengambil inisiatif membantu barisan hadapan dengan memberikan sumbangan berupa kelengkapan katil untuk Hospital Melaka yang bernilai hampir RM100,000.

Pemberian tersebut merupakan antara sumbangan pertama yang diusahakan sendiri oleh Neelofa atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.

Iklan
Iklan

"Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan  hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit Covid-19 yang banyak.

"Jadi saya ingin memainkan peranan untuk membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba untuk menangani pandemik ini. Saya harap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19,” ujar Neelofa.

Iklan

Selain Hospital Melaka, Neelofa turut merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi hospital utama di seluruh Malaysia.

Iklan

"Insya-ALLAH, kita akan cuba sebaik mungkin untuk membantu sebanyak mana hospital yang boleh,” ujarnya.

Neelofa juga berharap agar sumbangannya itu dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan, khususnya dalam menangani situasi lockdown yang sedang ditempuh oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selain membantu barisan hadapan, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail ini juga bersedia membantu mereka yang terjejas akibat pandemik.

Justeru, Neelofa menyarankan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi pertubuhan itu atau juga boleh secara langsung melalui media sosial Neelofa.