[VIDEO] Aduhai, si oyen buat hal lagi. Kali ini selipar jiran pula dibawa lari

Iklan
OYEN BUAT HAL

BAYANGKAN, apa perasaan anda sekiranya sebelah selipar hilang secara misteri setiap hari?

Bukan sekali dua isu 'kecurian' itu terjadi dan kalau berlaku terlalu kerap, boleh menimbulkan tanda tanyakan?

Iklan
Iklan

Memanglah jika dibandingkan dengan harta benda lain, selipar bukanlah mahal harganya, tetapi kehilangan tersebut pun boleh buat orang sakit hati.

Iklan

Boleh jadi, itulah yang dialami seorang wanita di Singapura yang musykil dengan kehilangan sebelah seliparnya sebanyak lebih empat kali.

Tidak mahu kejadian berulang, wanita tersebut telah meninjau rakaman televisyen litar tertutup untuk menyiasat siapa pelaku misteri tersebut.

Iklan

Pembongkaran yang dikongsikan @amyramrn dalam akaun Twitter itu membuatkan ramai warganet geli hati selepas melihat entiti yang sering membawa lari sebelah seliparnya.