Covid-19: Risiko lebih besar akibat tekanan darah yang tinggi

Iklan

SETAKAT yang didengari melalui kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan statistik jangkitan wabak Covid-19 ini, tentu anda perasan mangsa yang maut daripada jangkitan ini adalah pesakit kronik seperti darah tinggi, jantung dan diabetes selain daripada warga emas.

Menurut American Heart Association, tekanan darah yang tinggi mungkin lebih mudah terdedah kepada Covid-19 dan lebih cenderung untuk mengalami gejala lebih teruk.

Iklan
Iklan

Apakah kaitannya?

Sistem imun yang lemah adalah salah satu sebab individu yang mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang lain berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19.

Iklan

Keadaan penyakit yang memberi kesan terhadap kesihatan secara jangka panjang dan proses penuaan melemahkan sistem kekebalan tubuh anda sehingga kurang mampu melawan jangkitan virus.

Hampir dua pertiga individu yang berusia lebih dari 60 tahun mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Iklan

Apakah yang patut kita lakukan?

Setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah jangkitan wabak berkenaan. Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi dan keadaan penyakit kronik lain perlu lebih berhati-hati.

Bagi pesakit darah tinggi atau pesakit kronik berikut beberapa panduan yang boleh diikuti:

1. Pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang cukup di tangan untuk mengawal tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang lain.

2. Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain sebanyak yang anda boleh.

3. Elakkan berada di kawasan orang ramai dan berdekatan dengan sesiapa yang kelihatan sakit.

4. Kerap basuh tangan anda dengan sabun dan air.

5. Bersihkan dan membasmi (disinfeksi) permukaan yang sering disentuh seperti rail tangga, pemetik suis, kepala paip dan tombol pintu.

Ubat darah tinggi yang anda ambil adalah untuk kawal agar tekanan darah tidak tinggi sehingga menyebabkan komplikasi penyakit yang lain dan merendahkan sistem imun.

Sebab itulah kena patuh ambil ubat darah tinggi mengikut dos yang telah diberikan. Jangan pula makan ubat berkenaan sehingga melebih dos yang ditetapkan sebab takut jangkitan Covid-19 tau!

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia