INGAT ya, jangkitan Covid-19 bukan seperti demam biasa kerana virus jahat itu boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.
Lebih membimbangkan, apabila bekas pesakit dikatakan bakal menanggung komplikasi berpanjangan dikenali Long Covid.
Menurut Dr Ahmad Samhan secara asasnya jangkitan Covid-19 terdapat lima kategori iaitu:
Kategori 1
- Positif tanpa gejala
Kategori 2
- Positif + ada gejala, tetapi tidak melibatkan paru-paru
Kategori 3
- Positif + ada gejala dan jangkitan paru-paru
Kategori 4
- Positif + ada gejala dan jangkitan paru-paru serta memerlukan bantuan pernafasan
Kategori 5
- Positif + ada gejala dan jangkitan paru-paru, memerlukan bantuan pernafasan serta kegagalan organ
"Yang kita bimbang kategori 2,3,4 dan 5. Apabila masuk kategori ini, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi Covid-19 dipanggil Long Covid!
Artikel berkaitan: Tak Bermaya, Hilang Daya Tumpu Selepas Sembuh. Long Covid Hantui Bekas Pesakit Koronavirus
Tambah Dr Ahmad Samhan, bagi membantu mencegah berlakunya Long Covid, maka mengambil suntikan vaksin solusi terbaik.
Justeru, pastikan korang mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. Pembentukan imuniti
kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Terus amalkan 3W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka
disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Elak sembang dekat dan mengunjungi tempat sesak serta
sempit.
Sumber: Dr Ahmad Samhan