Tuala wanita percuma untuk miskin bandar, warganet puji usaha Menteri Agama

Iklan
menteri agama

PENULIS tertarik dengan coretan seorang warga maya di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_49577" width="1024"] TUALA wanita yang diberikan secara percuma kepada wanita miskin bandar boleh didapati di kedai MAIWP dan Yadim.[/caption]

Luahan tersebut susulan koleksi foto memaparkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sedang menyusun stok tuala wanita di rak kedai.

Iklan

Perkongsian menerusi laman sosial Twitter rasmi Dr Zulkifli @drzul_albakri adalah bersempena kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kemiskinan haid.

Menurut beliau kemiskinan haid adalah isu global dan memberi kesan kepada kelompok miskin bandar di Malaysia.

Iklan

Justeru, sebagai permulaan kedai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengambil inisiatif menawarkan tuala wanita secara percuma kepada kaum Hawa miskin bandar.

Nampaknya, usaha murni tersebut turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis sosial lain.

"Terima kasih Dr @FatimahAl_Attas dan team @pedulimerah yang sentiasa berusaha menyampaikan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan isu kemiskinan haid #periodpoverty," jelasnya.

Sementara itu, segelintir warga maya tidak melepaskan peluang menzahirkan pujian inisiatif menyediakan tuala wanita secara percuma kepada golongan memerlukan.

Pada masa sama, turut memuji tindakan Dr Zulkifli yang bersahaja menyusun stok-stok tuala wanita berkenaan di rak kedai terlibat.

Antara komen netizen:

-"Pernah dengar cerita ada orang miskin sanggup mengandung sebab tiada duit nak beli pad (tuala wanita)."

-"Bukan cerita kak...Memang itulah hakikatnya. Apabila baca orang komen2 di Facebook cakap 'dah tau susah, masih nak beranak-pinak. Tak reti nak merancang', panas hati ini."

-"Teringat lagi masa join seminar seorang speaker cerita terdapat remaja yang tak pergi sekolah seminggu setiap bulan kerana haid."

-"Kami juga membuat inisiatif Pad Bank Project di Kaki Lelong Port Dickson."

-"Terbaik Datuk, tuala wanita satu keperluan tapi tak semua wanita mampu memiliki. Tahniah atas usaha ini."

-"Tahniah Datuk & team atas usaha baik ini. Saya harap agar usaha ini dapat dipanjangkan lagi di kawasan pedalaman, penempatan Orang Asli dan di kawasan populasi B40 yang tinggi negeri lain. Tidak hanya fokus Lembah Klang. Inysa-ALLAH masalah kemiskinan haid dapat diatasi dengan lebih menyeluruh."