Tiba-tiba ramai pula jadi ahli Rela tanpa rela. Begini ceritanya...

Iklan
Tiba-tiba ramai pula jadi ahli Rela tanpa rela. Begini ceritanya...

BEBERAPA hari lalu, tular di media sosial apabila sejumlah individu mendakwa nama mereka didaftarkan automatik sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Adakah korang juga termasuk golongan Rela tanpa rela? Kejadian tersebut disedari ramai setelah membuat semakan mudah melalui sistem MyRELA dengan hanya memasukkan nombor Mykad.

Iklan
Iklan

Majoriti mempersoalkan kesahihan itu memandangkan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Rela.

Iklan

Selain itu, Rela turut menepis dakwaan bahawa pihaknya menggunakan data peribadi seseorang untuk didaftarkan sebagai anggotanya secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut perbuatan itu bercanggah dengan perkara dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Iklan

Pun begitu, Rela memahami kegusaran orang ramai berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman.

Tambahnya lagi, Rela tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran empunya diri.

Baca juga Nak balik kampung, melancong tunggu hujung tahun capai Fasa 4

Dalam pada itu, individu yang mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota Rela dan ingin membatalkan, sila hubungi 03-88703770 dan e-mel kepada pro_rela@moha.gov.my

Sementara itu, menjengah ruangan semakan keahlian Rela di laman web myrela.moha.com.my mendapati ia dalam proses penyelenggaraan.

Jadi, jika korang salah seorang yang 'tiba-tiba' menjadi anggota Rela itu bolehlah menghubungi nombor telefon yang diberikan untuk membatalkan keanggotaan.