5 amalan yang sering dilakukan individu berjaya. Antaranya ...

Iklan
Untitled design (6)

KITA pastinya mempunyai keazaman dan keinginan untuk memperoleh keuntungan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Disebabkan itu, kadangkala kita sering tertanya-tanya, bagaimanakah seseorang itu mampu meraih kejayaan dalam hidup mereka.

Iklan
Iklan

Menerusi laman web Entepreneur.com, terdapat amalan khusus yang dilakukan oleh individu tersebut dalam menjalani kehidupan dan rutin harian mereka.

Tambah laman web terbabit, semangat, bermotivasi dan usaha antara elemen penting untuk meraih kejayaan selain bijak menguruskan masa bagi menyelesaikan setiap tugasan.

Iklan

Justeru, SinarPlus kongsikan lima kebiasaan dilakukan oleh individu berjaya yang boleh dijadikan sebagai amalan untuk kita meraih kejayaan:

1. Bangun awal pagi

Iklan

Amalan bangun pagi sering dilakukan oleh individu yang berjaya. Hal ini termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Tim Cook, Elon Musk, dan Larry Schultz merupakan individu yang bangun pada awal pagi.

Perkara ini akan memberikan mereka lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti lain seperti bersukan, membaca dan mempelajari perkara baharu. Bahkan, Islam juga mempraktiskan amalan bangun awal iaitu dengan menunaikan solat subuh dan dinasihatkan agar tidak tidur selepas itu.

2. Melakukan senarai"to-do-list"

Menulis jurnal antara amalan yang sering dilakukan oleh individu berjaya. Tindakan sebegini dapat membantu untuk mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan dalam satu-satu masa.

Oleh itu, cuba senaraikan perkara yang anda ingin lakukan pada setiap hari. Letakkan sasaran dan keutamaan tugas tersebut agar dapat menyiapkannya mengikut waktu yang ditetapkan.

3. Katakan tidak!

Terdapat perbezaan dalam penggunaan kata 'tidak' bagi individu yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Mereka akan mengatakan 'tidak' kepada hal negatif seperti kerja yang tertangguh atau aktiviti yang membuang masa sehingga menjejaskan produktiviti mereka.

4. Banyak membaca

Menerusi penulis buku, Rich Habits: The Daily Success Habits Of Wealthy Individuals, dikatakan 67 peratus individu berjaya hanya menonton televisyen selama satu jam atau kurang daripada itu dalam masa sehari.

Sebanyak 86 peratus individu daripada golongan sebegini memilih untuk membaca sebagai salah satu aktiviti kegemaran manakala 88 peratus mengakui membaca dapat memberi peluang untuk mempelajari benda baharu dan memperbaiki diri. Rata-rata mereka akan memperuntukkan masa untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

5. Tetapkan sasaran

Semangat yang optimis dan bersifat realistik dalam membuat keputusan menjadi salah satu amalan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Oleh itu, tulis matlamat, visi dan misi di atas sehelai kertas dan letakkannya di tempat yang sering dilihat sebagai pembakar semangat.

Kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu untuk meningkatkan tahap motivasi sekali gus berusaha gigih untuk mencapai apa yang diinginkan.

 

Secara ringkasnya, seseorang itu perlu mempunyai usaha, matlamat dan kesungguhan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Tidak semestinya kejayaan itu diukur berdasarkan harta benda atau perlu bergelar jutawan, baru diklasifikasikan sebagai berjaya.

Paling penting, individu itu bijak dalam soal pengurusan masa dan kewangan selain tidak mudah mengalah sekiranya berdepan dengan kegagalan.