#SiBibirMerah: "Katil ICU dah tak cukup, kekal duduk di rumah" - Dr Noor Hisham

Iklan
bibir merah

"SILA duduk di rumah kerana jika anda dan keluarga dijangkiti Covid-19, kita tidak ada katil ICU (Unit Rawatan Rapi) yang mencukupi."

Sekali baca sahaja, Bibir Merah sudah memahami mesej yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Lagipun bukan beliau sahaja, malah pihak kerajaan, pasukan barisan hadapan dan badan bukan kerajaan (NGO) berkali-kali menasihatkan perkara yang sama tanpa jemu.

Mengapa? Jawapannya mudah kerana implikasi jangkitan koronavirus pada tubuh badan amat 'memeritkan'. Ingat ya, kondisinya tak sama seperti demam biasa.

Iklan

Pun begitu, masih lagi ada sekelompok individu yang ambil sambil lewa pada arahan kekal berada di rumah. Bibir Merah pun pelik mereka ini tak faham bahasa? buat-buat tidak faham? ataupun sebenarnya degil?

Jika arahan mudah sedemikian susah untuk diikuti, maka tidak mustahil prosedur operasi standard (SOP) lain yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian Covid-19 akan dilanggar begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Iklan

Bibir Merah mengambil dua contoh situasi yang berlaku baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan polis mendapati seramai 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada pada majlis tersebut.

Padahnya, tuan rumah dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan dilakukan.

Sementara itu, seramai 54 individu masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 seorang gara-gara berkumpul dan melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala, Klang, Selangor.

[caption id="attachment_49678" width="600"] 54 individu yang melepak dan berjoging di Jambatan Raja Muda Nala, Klang pada Ahad dikenakan kompaun oleh polis.[/caption]

Semua individu berusia antara 17 hingga 40 tahun itu dikatakan berkumpul dan melepak selepas melakukan aktiviti berjoging di kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, sepasukan anggota pasukan penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan segera ke lokasi pada pukul 6 petang selepas menerima aduan orang awam.

Persoalannya, mengapa insiden seumpama itu harus berlaku dalam tempoh kerajaan sedang berusaha memutuskan rantaian Covid-19.

Walhal, kita sedia maklum statistik jangkitan positif harian masih melebihi 4,000 kes.

Lebih memeritkan bukan sahaja katil ICU dan wad mencapai kapasiti penuh, malah jenazah pesakit Covid-19 terpaksa disimpan di dalam kontena. Itupun kita masih tiada kesedaran.

Nasihat Bibir Merah, tolonglah bersabar untuk sementara waktu ini. Jangan degil.

Selain itu, diharapkan juga proses pemberian suntikan vaksin disegerakan supaya negara dapat bakal mencapai imuniti kelompok dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Secara tidak langsung, kita kembali bekerja di pejabat dan menjalani kehidupan seperti biasa.