Isteri mohon Ebit Lew terus berjuang, bantu anak kecil Palestin hilang rumah, perlukan duit pembedahan

Iklan
ebit lew

HATI mana yang tidak sayu apabila tidak berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran pasangan baik suami mahupun isteri. Apatah lagi, terpaksa berjauhan seketika dek tuntutan kerja dan tanggungjawab.

Pun begitu, kesedihan dialami tidak dibiarkan berlarutan sebaik-baiknya diterjemahkan dalam bentuk doa semoga pasangan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Iklan
Iklan

Inilah situasi dialami pendakwah bebas Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew. Menerusi laman sosial Instagramnya, beliau memuat naik sekeping foto isterinya menyambut ulang tahun kelahiran semalam.

Dalam perkongsian tersebut Ebit yang kini melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin turut menitipkan coretan istimewa buat cinta hati.

Iklan

[caption id="attachment_49775" width="1024"] EBIT sentiasa berkongsi coretan rasa terhadap isterinya yang digelar bidadari menerusi laman sosial.[/caption]

Iklan

Artikel berkaitan11 Patah Perkataan Status Terbaharu Ebit Lew Legakan Hati Rakyat Malaysia

Tidak berhenti di situ sahaja, bapa kepada empat cahaya mata itu turut menzahirkan kesyukuran kepada ALLAH kerana menghadiahkan seorang isteri istimewa.

Bagaimanapun, jawapan isteri kepada Ebit begitu menyentuh hati khususnya dalam kalangan warga maya.

Rata-rata memuji keperibadian wanita tersebut yang disifatkan amat memahami perjuangan dan pengorbanan suaminya, malah tidak mengeluh sama sekali.

[caption id="attachment_49776" width="1024"] PENDAKWAH bebas ini sedang melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin dan menunggu lampu hijau memasuki Semenanjung Gaza untuk menghantar bantuan.[/caption]

Kongsi Ebit bait-bait kata isterinya:"Jawab bidadari saya, tak pe abang. Perjuangan abang hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan.

"Kita ada ALLAH yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. DIA MAHA BERKUASA. Anak-anak semua menangis dan berkata kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Ayah cerita ye."

[caption id="attachment_49777" width="320"] EBIT bersyukur dikurniakan isteri dan anak-anak yang begitu memahami tanggungjawabnya.[/caption]

Terdahulu, menurut laporan media tempatan kumpulan Ebit yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum masuk ke Semenanjung Gaza.

Diharapkan semoga perjalanan dan usaha murni rombongan Ebit dipermudahkan.

Artikel berkaitan"Saya Akan Beli Barang Perubatan, Hantar Terus Ke Gaza. Malaysia Sayangkan Palestin”- Ebit Lew Ke Gaza