Syok betul! Lawat taman buaya, guna Google Meet. Terubat rindu pergi zoo

Iklan
2

ZOO atau taman haiwan antara tempat yang sentiasa menjadi pilihan ramai sama baik pada hujung minggu, cuti umum mahupun cuti sekolah.

Kanak-kanaklah kumpulan paling teruja apabila berpeluang melihat pelbagai spesies haiwan di depan mata.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pada ketika ini aktiviti untuk mengunjungi zoo ataupun taman haiwan tidak dapat dilakukan berikutan pelaksanaan Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown.

Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, pelbagai usaha dan cabaran terpaksa dilalui pengusaha taman haiwan lantaran kurang mendapat kunjungan orang ramai.

Iklan

Baca juga Ustaz Ebit Hantar Bantuan Ke Zoo Negara, Ini 10 Fakta Yang Perlu Tahu

Iklan

Lebih menyedihkan haiwan-haiwan di di sana juga dilaporkan kekurangan gizi dan kelaparan disebabkan kekurangan dana akibat ketiadaan pengunjung.

Pun begitu, jika tidak berpeluang melangkahkah kaki ke sana secara fizikal, korang masih boleh 'melihat' haiwan secara maya menerusi persidangan video.

Taman Buaya dan Rekreasi Melaka antara yang mengambil inisiatif tersebut sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Lawatan maya melibatkan penerangan info haiwan dan demonstrasi memberi makanan pada buaya berlangsung dua sesi sehari (11 pagi dan 2.15 petang). Caj dikenakan adalah sebanyak RM7 seorang.

Promosi yang dilakukan menerusi media sosial taman haiwan tersebut mendapat perhatian warganet.

Rata-rata teruja sehingga tidak mahu melepaskan peluang menyertai lawatan secara online. Malah, ada yang sudah menyertainya dan memberikan maklum balas positif.

Antara komen warga maya:

-"Best. Terima kasih En Haziq untuk penerangan yang jelas. Semua tempat cover. Cuma gambar tak berapa clear sebab saya buka tengok kat TV. Mungkin boleh perbaiki bahagian itu pada masa akan datang.”

-"Inisiatif yang baik. Saya suggest buat narration (teknik penceritaan) ala Animal Planet akan jadi lebih menarik.”

-"Harap zoo lain di Malaysia pun buat macam ni. Disamping dapat tengok binatang secara tidak langsung kita memberi sumbangan.”

-"Supportlah semua. Duit tu nanti mungkin buat untuk rawatan dan makanan binatang yang ada.”

Diharapkan inisiatif pihak Taman Buaya dan Rekreasi Melaka memberi idea kepada pengurusan zoo dan taman haiwan lain yang mungkin sedang menghadapi masalah kekurangan dana bagi menampung kos operasi.

Sumber: Taman Buaya dan Rekreasi Melaka