Usaha murni Umie Aida, Shah Rezza; hulur bantuan pada yang memerlukan

Iklan
Untitled design (17)

PENULARAN wabak pandemic Covid-19 sejak setahun lalu banyak menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.

Apatah lagi sehingga kini, Malaysia masih mencatat angka jangkitan yang membimbangkan dan mendorong kerjaaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3 (PKP 3.0) fasa kedua bermula 15 lalu sehingga 28 Jun ini.

Iklan
Iklan

Tidak betah membiarkan mereka yang memerlukan bantuan terbiar begitu sahaja, beberapa selebriti tampil menghulurkan bantuan semampu mungkin.

Antaranya adalah pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida yang tampil membantu pemandu teksi di sekitar ibu kota.

Iklan

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulilah 300 pemandu teksi telah menerima sedikit barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak dan roti prata.

"Pendapatan mereka sehari paling tinggi 20 ringgit. Jom rakyat Malaysia, sama-sama kita berganding bahu hulurkan bantuan. Boleh terus hulurkan bantuan ke akaun RHB 21233000012249,” kongsinya menerusi Instagram pada Rabu.

Iklan

Pada hantaran sama, bintang filem Dukun itu turut menitipkan penghargaan dan berterima kasih kepada orang ramai yang sama-sama menderma kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Datuk Seri Shah Rezza turut menghulurkan bantuan fasa pertama dengan bantuan Malaysia Navara Club.

"Alhamdulillah… Terima kasih kepada penderma. Anda tahu siapa anda,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun figura berusia 60 tahun itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai bantuannya dan rata-rata rakan artis mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukannya itu.