Berkasar dengan polis, ‘Wawa Wahid Enterprise’ beri penjelasan, mohon maaf

Iklan
2

TUGAS anggota polis trafik bukan sahaja memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan awam, malah bertanggungjawab memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Justeru, sebahagian daripada tugas anggota polis trafik dalam menjalankan Sekatan Jalan Raya (SJR) ialah bagi menyemak cukai jalan kenderaan dan status lesen memandu sama ada masih aktif ataupun sebaliknya.

Iklan
Iklan

Semalam, tular di media sosial video seorang wanita dipercayai di Sabah bertindak mengeluarkan kata-kata kasar dan membuat provokasi terhadap anggota polis trafik bertugas.

Iklan

">Video berdurasi kurang dua minit itu memaparkan tiga anggota polis bertindak profesional meskipun wanita dikenali sebagai Wawa Wahid Enterprise bertali arus memarahi dalam nada yang kuat ketika berurusan.

Baca juga [VIDEO] Wanita Meraung Kesakitan, Dakwa Dipukul Suami. Jiran Segera Report Polis

Iklan

Pun begitu, menerusi laman sosial Facebook, wanita berkenaan mengakui kejadian berlaku pada 1 Jun lalu apabila disaman akibat cukai jalan kenderaannya dikatakan tamat tempoh.

Beliau mendakwa telah disindir dan dibuli dan dalam perjalanan menguruskan hal berkaitan kebajikan.

Bagaimanapun, wanita tersebut memohon maaf sekiranya tindakannya mengguris hati anggota bertugas.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berkaitan hal tersebut.

Bagaimanapun, diharapkan isu itu dapat diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.