Majlis merisik secara maya, Erma Fatima sekeluarga dipuji warganet

Iklan
Untitled design (30)

PENERBIT, pengarah dan pelakon, Erma Fatima berkongsi momen istimewa majlis merisik anak sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang diadakan secara maya.

Menurut Erma, 53, selepas menunggu lebih setahun dan terikat dengan situasi semasa kini, akhirnya kedua-dua belah pihak sepakat untuk mengadakan majlis merisik dengan cara sebegitu pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Yeahhh nk dapat menantu... Walaupun majlis merisik ni stress dengan line teruk, tapi Alhamdulillah.

"Setahun lebih menunggu, ada sahaja alasannya… PKP lah, itu lah, ini lah. Jadi majlis semalam saya rancang tiga hari sebelumnya dan syukur selesai.

Iklan

"Walaupun dah langgar adab, tak mengapalah. Apa yang penting, benda baik kita cepatkan. Insya-ALLAH,” katanya beserta tanda pagar untung dapat besan sempoi dan dapat menantu.

Iklan

Rata-rata rakan selebriti dan warganet memuji majlis merisik tersebut yang turut disertai bekas suami Erma yang juga pengarah, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Malah ramai menyifatkan, walaupun majlis tersebut diadakan secara maya, namun masih penuh dengan adab dan adat.