Zoo Melaka perlu RM600,000 sebulan, hampir 6 bulan tak beroperasi

Iklan
melaka

PENULARAN pandemik Covid-19 sejak tahun lalu telah memberi impak yang cukup besar terhadap pelbagai sektor di negara ini.

Pelaksanaan Perintah Kawapan Pergerakan (PKP) yang bertujuan memutuskan rantaian Covid-19 untuk kesejahteraan kita bersama antaranya nampaknya sedikit sebanyak menyebabkan sektor ekonomi yang sebelum ini menjana keuntungan besar mengalami kerugian besar.

Iklan
Iklan

Bercakap mengenai kos operasi zoo atau pusat pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan juga tidak terkecuali berdepan masalah sama.

Iklan

Jika sebelum ini, Zoo Negara Malaysia dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya RM900,000 sebulan, kini Zoo Melaka turut mengalami sedemikian.

Iklan

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman, daripada jumlah itu sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 spesies yang ditempatkan di zoo berkenaan.

Kata beliau, Zoo Melaka memerlukan makanan berupa daging ayam atau lembu sekurang-kurangnya 250 kilogram sebulan tidak termasuk buah dan sayur-sayuran.

Menurutnya lagi, Zoo Melaka sememangnya terjejas dan sehingga kini sudah hampir enam bulan tidak dapat beroperasi.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, diet makanan haiwan tidak boleh dicatu sewenang-wenangnya bagi memastikan ia mendapat nutrisi diperlukan mengikut saranan pegawai veterinar yang sentiasa memantau dari semasa ke semasa.

Beliau memberitahu, pihaknya juga telah mewujudkan tabung sumbangan untuk membantu kelangsungan operasi Zoo Melaka bermula PKP 1.0 dengan jumlah kutipan sebanyak RM200,000

hingga hari ini.

9 fakta mengenai Zoo Melaka:

1. Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

2. Terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika.

3. Zoo tersebut dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia.

4. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 di Ayer Keroh, dalam tahun 1963.

5. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.

6. Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.

Baca juga [VIDEO] Pantai Cenang ibarat ‘ghost town’, dulu meriah, kini berteman daun kering

7. Ketika ini haiwan di Zoo Melaka berjumlah lebih 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia.

8. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimaubelang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun.

9. Waktu terbaik untuk membuat lawatan pada waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.