PENYANYI Aina Abdul mengakui dirinya masih lagi single, namun belum terbuka hati untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki.
Jelas Aina, 28, pengalaman lalu membuatkan dia bimbang akan terbuai-buai dengan perasaan sendiri sehingga membuatkan dia mengabaikan fokus utama dalam dunia seni.
"Saya masih kali single, tetapi not available. Buat masa ini saya menutup rapat pintu hati saya untuk mana-mana lelaki.
"Kali terakhir saya bercinta adalah pada tahun 2014, dan sejak itu saya memilih untuk memberi fokus dulu pada kerjaya seni.
"Bagi saya, ini bukannya waktu terbaik untuk bercinta sebab saya tahu, Aina Abdul ni kalau bercinta, dia akan lalai dan leka dalam bekerja. Asyik nak berkepit sahaja ibaratnya,” katanya ketika ditemui pada sesi sidang media secara maya single duet Warna Warni bersama Daniesh Suffian pada Isnin.
Tambah Aina, dia meletakkan tempoh 10 tahun untuk memberi tumpuan pada kerja dan membina namanya dalam bidang nyanyian.
Bagaimanapun dia percaya, cinta itu akan datang pada waktu yang tepat mengikut aturan yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.
"Saya tak maksudkan semua wanita sama bila ada teman lelaki mesti lalai. Saya maksudkan diri saya saja sebab saya memang jenis tak pandai nak seimbangkan dua benda dalam satu-satu masa.
"Saya percaya, mungkin lelaki itu akan datang dalam hidup saya pada waktu yang tepat sepertimana yang sudah disusunkan oleh ALLAH SWT. Siapa tahukan?” jelasnya.