“Kalau tak puas hati, datang jumpa aku!” – Lan Solo bengang kedai disaman lagi

Iklan
Untitled design (44)

PENYANYI Lan Solo meluahkan rasa kesal dan bengang dengan tindakan pihak yang sering membuat aduan berkaitan kedainya, Pasar Mini Solo Borneo Mart.

Jelas Lan, pengadu terbabit membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) bahawa barang-barangnya telah menghalang laluan sehingga dia dikenakan tindakan saman.

Iklan
Iklan

"Puas hati kau wahai pengadu..⁉️ Time aku loading barang kontena time tu la ada orang complain. Time itu jugalah MBSJ terus datang buat kerja.

"Allahuakbar.. Katanya aduan 'mengganggu lalu lintas'! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana?” ujarnya.

Iklan

Tambah Lan, aduan sebegini bukan pertama kali dihadapinya dan dia percaya aduan tersebut dibuat oleh mereka yang berada berdekatan dengan kedainya.

Iklan

"Orang yang complain tu pun orang sekeliling ni jer. Aku pun tak tau nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya?

"Tak susah kalau kau nak cari aku.. Musim PKP ni aku tak ada show. Aku ada ja kat kedai. Datang sini bagitau aku apa yang kau tak puas hati sampai nak kacau tempat aku cari rezeki,” tegasnya.

Sebelum ini, isteri Lan, Sheila Razlan pernah meluahkan rasa kecewa apabila kedai mereka sering diserbu penguatkuasa biarpun kedai mereka mempunyai lesen sah dan mendapat A dalam soal kebersihan.