Penantian 16 tahun hamil anak kedua tercapai, wanita kongsi tip

Iklan
Penantian 16 tahun hamil anak kedua tercapai, wanita kongsi tip

SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehadiran anak-anak sebagai pelengkap bahtera perkahwinan yang dimeterai.

Pun begitu, bukan semua pasangan berkahwin dimurahkan rezeki mendapat cahaya mata, malah sesetengahnya diuji penantian selama bertahun-tahun.

Iklan
Iklan

Namun begitu, siapa kita untuk menidakkan takdir ALLAH kerana semua yang berlaku adalah izin daripada-NYA.

Iklan

Menerusi perkongsian sebuah video di laman sosial TikTok, wanita dikenali @AinnAisya berkongsi detik manis membuat kejutan ‘menghadiahkan’ suaminya kit ujian kehamilan.

Iklan

Kit yang menunjukkan keputusan positif itu merupakan kejutan terbesar buat suami selepas bertahun-tahun menunggu isterinya hamil cahaya mata kedua.

Pasangan berkenaan telah memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia 17 tahun.

Cerita beliau, suaminya berusia 44 tahun telah membuka sebuah kotak jam tangan dan terpaku apabila melihat kit kehamilan.

Katanya, anak sulung mereka sebelum ini adalah ‘bunting pelamin'. Beliau berpeluang hamil kali kedua, namun mengalami keguguran.

Selain itu, Aisyah turut mengambil kesempatan berkongsi nasihat buat para wanita yang belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata.

Ujar Aisyah lanjut, dirinya mula melakukan aktiviti berbasikal bersama suami sejak tahun lalu bagi mengurangkan berat badan.

Baca juga Wanita terbalikkan jualan gerai sebelah, dipercayai tak puas hati

Wanita yang bertugas sebagai jururawat turut menabung usai solat Subuh dan wang itu disumbangkan ke masjid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.