Mengeluh ruangan rumah sempit, cara ini boleh mengatasi

Iklan
Untitled design

SESETENGAH individu akan mudah berasa tertekan kerana banyak menghabiskan masa di rumah atau kerap berada di ruangan yang sama terlalu lama.

Di tambah pula dengan keluasan kediaman yang terhad dan membataskan pergerakan menambahkan lagi rasa rimas dan tidak nyaman.

Iklan
Iklan

Situasi sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan penghuni berasa stres atau buntu untuk melakukan aktiviti lain.

Dipetik daripada laman web Kompas.com, terdapat beberapa jalan penyelesaian dapat membantu individu yang berasa tertekan kerana hal ini.

Iklan

Terkait dengan kreativiti, idea dan sudut pandangan yang berbeza dapat membantu untuk berasa selesa dan tenang di rumah.

Sehubungan itu, berikut SinarPlus kongsikan tip untuk membantu anda membuat keputusan dalam soal dekorasi kediaman:

Iklan

1. Pencahayaan

Bagi ruangan kediaman yang memiliki keluasan terhad, sumber pencahaya antara solusi yang dapat membantu. Sebaiknya mendapatkan pencahayaan semula jadi. Sekiranya pencahayaan daripada tingkap atau pintu atau pintu gelangsar masih belum mencukupi, apa kata gunakan cermin. Selain memberikan ilusi kediaman kelihatan lebih luas, malah pantulan cahaya pada permukaan cermin dapat memberikan sumber cahaya tambahan.

2. Susun dan teratur

Ruangan yang berselerak dan kotor bukan sahaja merimaskan, bahkan ia turut akan mengundang pelbagai jenis penyakit atau sukar untuk menemukan barangan hilang. Oleh itu, pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan tersusun rapi. Persekitaran begini akan membuatkan kita berasa selesa dan senang untuk tinggal di rumah sendiri.

Sekiranya mengemas itu satu perkara yang sulit, cuba habiskan masa sekitar tiga minit mengemas atau menyapu sampah sehari. Lakukannya setiap hari dan lama ke lamaan ia akan menjadi rutin harian.

3. Dwifungsi

Ruangan sempit tidak membataskan anda untuk memiliki segalanya dalam satu ruang. Waktu ini, tahap kreativiti dan kemahiran berfikir di luar kotak menjalankan tanggungjawab yang sangat penting. Pilih perabot yang memiliki dwifungsi atau lakukan ubah suai. Terdapat pelbagai perabot yang boleh berubah fungsi sekiranya dilipat atau disusun semula.

4. Bahagi ruang

Amalan norma baharu bekerja dari rumah mungkin sesuatu yang sukar dilakukan terumata kediaman yang mempunyai ruangan terhad. Kebarangkalian tempat berehat dan bekerja dilakukan pada tempat yang sama sangat cerah. Oleh itu, cuba untuk wujudkan perubahan agar dapat memberikan perbezaan antara berehat dan bekerja. Sebaiknya tidak melakukan kerja di hadapan televisyen atau sofa kerana itu akan membuatkan anda hilang 'mood' untuk bekerja.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk kekal berada dalam keadaan baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan bekerja dari rumah.

Paling utama, berikan tumpuan kepada kekemasan dan susun atur barangan kerana bukan sahaja kelihatan cantik di mata, tetapi ia juga dapat memberi keselesaan.