#SiBibirMerah: "Dulu gaji RM3,000 sebulan, setahun tak kerja, nak makan apa?"- Lelaki akui tertekan emosi, bangkit cari solusi

Iklan
bibir merah

TEMPOH tiga hari kebelakangan ini, kita 'disajikan' cerita berkaitan masalah kemurungan dan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat tempatan.

Semalam misalnya, kaget Bibir Merah apabila membaca insiden seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian jam 6.45 petang, lelaki berusia 26 tahun tersebut ditemui terbaring di kawasan koridor dengan kesan pendarahan pada kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit memasuki pangsapuri menaiki sebuah motosikal sebelum dilihat menaiki lif ke aras 10.

Iklan

[caption id="attachment_50575" width="600"] SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth. Mayatnya ditemui dengan kesan pendarahan pada kepala.[/caption]

Beberapa saksi memaklumkan melihat mangsa duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima sebelum dilihat terjatuh.

Iklan

Tambah Noorzainy, beberapa penduduk berhampiran pangsapuri itu juga sempat merakam kejadian sebelum ia tular di laman sosial.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, di Seremban, Negeri Sembilan berlainan pula kisahnya apabila seorang suami mengurung isteri dan dua orang anaknya di sebuah kediaman di Taman Nusa Intan dipercayai menghadapi tekanan perasaan.

Dalam kejadian jam 8.51 malam itu, lelaki tersebut bertindak mengunci pagar, gril dan pintu belakang rumah dari dalam.

[caption id="attachment_50577" width="600"] PASUKAN penyelamat terpaksa mengumpil pintu pagar dan grill rumah tersebut serta memotong mangga pintu rumah itu kerana lelaki berkenaan mendakwa tidak tahu tempat dia meletakkan kunci.[/caption]

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, wanita bersama dua anaknya berjaya diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat Senawang selepas polis menerima laporan daripada jiran.

"Pasukan penyelamat cuba memujuknya (lelaki terbabit) supaya membuka pintu, namun dia enggan memberikan kerjasama.

Dua insiden tersebut bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini, tetapi itu tidak bermakna ia harus dipandang ringan ataupun dianggap isu klise.

Tambahan pula, dalam tempoh total lockdown yang mana belum diketahui sehingga bila perintah tersebut akan dilaksanakan.

Mahu atau tidak, rakyat harus akur memandangkan langkah tersebut sebagai salah satu cara untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Pun begitu, sukar untuk menidakkan bahawa total lockdown sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan baik individu mahupun isi rumah khususnya mereka yang makan gaji harian.

[caption id="attachment_39585" width="1024"] TIDAK dinafikan pelaksanaan total lockdown bagi memutuskan rantaian Covid-19 juga telah menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan.[/caption]

Maklumlah, sepanjang tempoh ini bukan semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi. Impaknya, sebahagian besar masyarakat hilang punca pencarian.

Keperitan lebih dirasai terutamanya para suami merangkap ketua keluarga yang bertanggungjawab menyediakan keperluan dan melunaskan bayaran itu dan ini.

Situasi sedemikian bukan sahaja menyebabkan tekanan perasaan, mental atau kemurungan melampau.

Bahkan, ada yang sanggup bertindak membunuh diri barangkali berasakan itu penyelesaian terbaik untuk keluar daripada kemelut hitam dihadapi.

Bicara anak kelahiran Melaka itu, sebenarnya dalam situasi ini, ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk jiran tetangga.

"Alhamdullilah, saya mendapat sokongan mak, ayah dan adik-beradik termasuk sahabat yang tidak henti-henti meniupkan semangat.

[caption id="attachment_50580" width="1024"] SOKONGAN pelbagai pihak secara tidak langsung membantu meredakan individu yang sedang bergelut dengan kemurungan dan tekanan perasaan.[/caption]

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan sebanyak 91.2 peratus daripada lebih 100,000 panggilan diterima daripada talian bantuan sokongan psikososial memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.

Direkodkan, antara 1 Januari hingga 21 Mei, talian bantuan sokongan Psikososial KKM, Mercy Malaysia dan Talian Kasih dan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim telah menerima sebanyak 101,150 panggilan yang mana 91.2 peratus memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.