H [VIDEO] Murah selalunya 'seram', bermasalah. Hati-hati beli rumah lelong

Iklan
4

MEMILIKI kediaman peribadi sama ada besar atau kecil merupakan impian setiap individu.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk memiliki rumah tambahan pula kos sara hidup semakin tinggi yang menuntut kita bekerja keras.

Iklan
Iklan

Lazimnya, rumah yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran menjadi pilihan pembeli. Namun, korang perlu tahu kebanyakan yang ditawarkan harga rendah itu berkemungkinan mempunyai banyak masalah.

Iklan

 

Menurut perkongsian daripada Perunding Hartanah, Shariza Abd Latif, tidak semua kediaman yang dijual pada harga murah boleh dibeli.

Iklan

Beliau berkongsi beberapa tip bagi mereka yang berminat membeli rumah lelong. Antaranya melihat sendiri kawasan rumah tersebut kerana ada petempatan tidak berpenghuni.

"Tak semua rumah kita boleh beli. Wajib lawati kawasan dahulu sebelum masuk tawar-menawar lelongan.

Beliau juga berkongsi beberapa foto keadaan luar dan dalam sebuah blok pangsapuri tidak berpenghuni dan menyeramkan. Kediaman tersebut difahamkan kosong kerana tiada kelulusan sijil layak menduduki (CF).

Baca juga Anak Isteri Patah Hati Bawa Diri.” 1001 Cerita Pilu Di Sebalik Kejayaan Beli Rumah Lelong

"Rumah ini kosong. Satu blok tak ada penghuni. Seram!," katanya.

Selain itu, beliau juga menasihatkan supaya menunggu pelabur yang membeli kediaman dalam kuantiti banyak.

"Pelabur tegar akan tunggu harga bawah RM10,000.

"Mereka kutip dan tubuhkan persatuan penduduk dan hidupkan semula perumahan ini.

"Masa buruk orang tak sanggup beli. Tapi bila sudah cantik nanti, ramai yang nak. Tak malu ke?," ujar beliau.

Baca juga "Benda Boleh Jimat Kenapa Beli Mahal.” Rumah Flat Persis Apartmen Mewah, Wanita Kongsi Tip Deko Bajet

Video yang berdurasi 40 saat itu mendapat 1 juta jumlah tontonan dan lebih 60,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut berkongsi cerita berkaitan pembelian kediaman.

-"Terima kasih sis nasihat. Kadang-kadang nampak murah nak beli. Tapi tengok kawasan mati.”

-"Kalau ada orang boleh beli satu blok dan ubahsuai, bagi orang sewa. Memang makan kos tapi fikir ke depan memang akan balik modal.”

-"Kawasan rumah aku flat belakang kubur. Nak masuk agak ke dalam. Depan dan atas kosong tiada penghuni sebab orang takut kawasan ini. Kami hidup aman damai tak bising.”

-"Berdiri bulu roma tengok rumah ini. Aduh lain macam seram dia. Sebelum-sebelum ini tak ada pun naik bulu roma.

Justeru, bagi memastikan proses pembelian rumah korang selamat, semak latar belakang pemaju yang berpengalaman dan mempunyai rekod baik.

Diharapkan dengan perkongsian bermanfaat ini dapatlah korang membuat keputusan tepat dalam pembelian kediaman. Jangan silap membuat pelaburan!

https://www.tiktok.com/@sharizaabdlatif/video/6953170021577182466?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6975304786620302850

Sumber: TikTok @sharizaabdlatif