MEDIA sosial seperti Facebook misalnya, mempunyai peranan dalam kehidupan masyarakat pada zaman modenisasi hari ini.
Ia bukan sahaja berfungsi sebagai jaringan sosial dan medium berniaga, malah antara platform pilihan menyalurkan dan mendapatkan pelbagai maklumat.
Kewujudan Facebook group juga dianggap memudahkan bermacam-macam aktiviti harian seperti hartanah, resipi, fesyen ataupun tip rumah tangga.
Namun begitu, malangnya sesetengah pihak telah menyalahgunakan kelebihan Facebook ke jalan negatif.
Perkara tersebut didedahkan oleh pengguna Twitter dikenali @emrhaqim baru-baru ini.
Beliau telah berkongsi kewujudan ‘swinger group' di Facebook yang menawarkan 'aktiviti' tukar pasangan suami isteri bagi tujuan maksiat.
Baca juga Jangan Bangga Berbuat Maksiat Dan Tayang Pada Orang… Buruk Natijahnya Nanti
Tuturnya, grup itu ditemui secara tidak sengaja semasa beliau sedang melakukan carian berkaitan tukar nama hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Tadi aku search dekat Facebook, 'tukar nama' sebab nak cari info tukar hak milik kat JPJ sekarang,” tulisnya.
Tadi aku search dekat Facebook"tukar nama" sebab nak cari info tukar hak milik kat JPJ sekarang.
Tau aku jumpa group apa?
— ????? (@emrhaqim)
Bertukar pasangan walaupun secara sukarela perbuatan haram dan salah di sisi agama. Aktiviti tidak bermoral seumpama itu perlu segera dicegah .
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi