Nourul Depp mahu jual cincin perkahwinan untuk tujuan amal

Iklan
NOURUL DEPP

PENYANYI Nourul Depp membuat keputusan untuk menjual cincin perkahwinan pertamanya sebelum meninggalkan tanah air dan berhijrah ke Bali, Indonesia pada Julai depan.

Hasrat tersebut disuarakan Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abd Wahab, 44, menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Seperti biasa sebelum nak berhijrah negara ni, Ahad adalah hari mengemas barang. Mana tinggal di Malaysia dan mana nak bawa.

"Cincin legend ni saya tak perasan terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan saya. Saya tak pakai lagi dah semenjak 2007.

Iklan

"Saya memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, cincin yang dibeli di Poh Kong pada tahun 1996,  boleh dibida dengan harga bermula RM300.

Iklan

"Siapa nak buat koleksi cincin ni, boleh hubungi saya. Harga bermula dari RM300. Siapa bet tinggi, dia dapat,” katanya.

Sementara itu meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Nourul mencadangkan agar cincin tersebut tidak dijual, sebaliknya diberikan kepada anak perempuan hasil perkahwin pertamanya bersama composer Ajai, Ayu Nazirah, 23.

Nourul menerusi perkahwinan kedua bersama suami, Eric Daniel Depp pada 2012, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.