SUDAH buntu memikirkan menu menarik untuk dinikmati seisi keluarga?
Jika korang mencari sajian menu dan ringkas, tetapi sedap barangkali ikan bawal emas stim halia antara pilihan ideal.
Lebih-lebih lagi air manis ikan keluar dan sebati dengan kuah semasa dikukus.
Bukan sahaja menyihatkan, malah sangat menyelerakan!
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan bawal emas (kelar supaya bahan meresap masuk dalam ikan)
- 1 biji bawang merah
- 1 inci halia
- Cili merah
- Cili api
- 2 biji limau
- Sos cili Mae Pranom
- 2 batang serai (ketuk)
[caption id="attachment_29707" width="1024"] Gambar hiasan. Bawal masak sos tomato.[/caption]
Cara penyediaan:
1. Masukkan ikan ke dalam bekas.
2. Taburkan bawang, halia dan cili.
3. Tuangkan sos cili Mae Pranom.
4. Letakkan serai yang dititik bersama hirisan limau di atas ikan.
Cuba juga Ikan bawal masak tomato lauk lengkap bersama anak-anak
5. Kukus selama 20 minit.
6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Sumber: Norhamidah Abdul Hamid