[VIDEO] Api marak, tong gas terbakar, tindakan pantas lelaki selamatkan rumah jiran

Iklan
5

KEBAKARAN antara kemalangan yang bukan sahaja boleh memusnahkan kediaman dan barangan peribadi, malah berisiko meragut nyawa.

Bagaimanapun, insiden yang tidak diingini seumpama itu dapat diatasi sekiranya tindakan pantas diambil.

Iklan
Iklan

Inilah dilakukan seorang lelaki yang berjaya mengelakkan api menjadi lebih marak di sebuah kediaman.

Situasi itu dikongsikan pengguna dikenali Afiqah Apandi menerusi laman sosial TikTok baru-baru ini.

Iklan

Dalam video terbabit menunjukkan seorang wanita dalam keadaan cemas dan suara menggeletar sedang merakam kejadian kebakaran di sebuah rumah.

Iklan

Insiden itu dipercayai berpunca daripada tong gas yang terbakar di bahagian dapur.

Namun begitu, tindakan seorang lelaki menutup tong gas menggunakan sehelai tuala basah berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Mujur semuanya bertindak cepat, andainya terlambat pasti kebakaran menjadi lebih teruk.

Rata-rata warga maya menonton video berkenaan menzahirkan rasa kagum dengan tindakan pantas lelaki itu demi menyelamatkan rumah jiran.

Malah, ada berpendapat beliau bertindak dengan cara tepat memadamkan kebakaran dikatakan berpunca daripada dapur gas.

Berikut beberapa cara menangani api kecil atau boleh dikawal:

– Jangan simbah air (jika disebabkan minyak).

– Jangan panik dan padam kebakaran kecil menggunakan alat pemadam api.

– Basahkan kain atau tuala untuk padam api menggunakan kaedah ‘melemaskan.’

Tip cegah kebakaran

Bagi mencegah kebakaran di rumah, pastikan korang melakukan  lima perkara ini. Bak kata pepatah Melayu, 'sediakan payung sebelum hujan'

1. Sistem penggera kebakaran

Pasang alat tersebut di setiap ruang rumah (dapur, bilik tidur, ruang tamu) bagi mengesan kewujudan asap. Sekiranya berlaku kebakaran, alat penggera terus berbunyi dan memberi amaran kepada isi rumah.

2. Laluan kecemasan

Jangan penuhkan ruang di dalam dengan barangan dan perabot. Pastikan ada laluan kecemasan dan isu rumah mengetahui mengenai jalan keluar berkenaan.

3. Elak guna litar elektrik berlebihan

Apabila menggunakan alat extension atau soket elektrik jangan melakukan penyambungan berlebihan sehingga membebankan litar elektrik.

4. Letak alat pemadam api

Alat tersebut sangat praktikal. Tempatkan satu unit alat pemadam api jenis debu kering atau jenis gas di rumah sekiranya berlaku kebakaran kecil daripada terus merebak.

5. Dapur gas

Jika terbau gas berkemungkinan tong gas, paip gas atau dapur sudah bocor. Segera bertindak membuka semua pintu dan tingkap untuk pengaliran udara dan tanggalkan kepala gas tersebut.

Dalam pada itu, jangan sesekali cuba nyalakan dapur gas kerana jika ada kebocoran ia boleh menyebakan dapur korang meletup!

Segera hubungi pihak bomba dan penyelamat untuk bantuan lanjut.