SEJAK Covid-19 kembali ‘menggila’, kebanyakan daripada kita terpaksa bekerja dari rumah (BDR). Suka
atau tidak, suasana normal baharu itu tetap perlu dilakukan.
Langkah tersebut bagi mengurangkan risiko, sekali gus memutuskan rantaian penularan wabak yang boleh
membawa maut.
Lazimnya sesi PdPR sepatutnya disertai murid dengan sokongan ibu dan bapa namun bukan semua keluarga
mampu berbuat demikian berikutan pelbagai kekangan dihadapi.
Ramai ibu bapa berkongsi luahan mereka yang menghadapi pelbagai masalah dan dugaan dalam menguruskan
PdPR anak-anak.
Menerusi perkongsiannya di stesen radio Suria.fm baru-baru ini, lelaki dikenali Hamdan itu menangis
teresak-esak kerana akui dirinya tidak mampu beri pendidikan terbaik buat anak-anak.
Apa yang lebih menyentuh hati, bapa itu turut meluahkan betapa dirinya sedih dan terkilan kerana tidak
mampu membantu anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan sedih mendengar pengakuan bapa tersebut.
Mereka turut bersimpati atas apa yang terjadi di samping ada antaranya yang menawarkan bantuan untuk
mengajar secara sukarela kepada anak-anak bapa berkenaan.
Baca juga [VIDEO]"Ibu pergi mana”- Anak kecil menangis, 2 bulan terkandas tak jumpa ibu kerana PJJ