Tidak boleh sakiti haiwan. Jika membela, penuhi hak beri makan, minum dan rehat

Iklan
Tidak boleh sakiti haiwan. Jika membela, penuhi hak beri makan, minum dan rehat

DI MALAYSIA, kes penganiayaan haiwan memang sering dilaporkan.

Ketahuilah, adab manusia tidak terbatas kepada manusia dan ALLAH sahaja, malah terhadap alam semesta

Iklan
Iklan

termasuk haiwan.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Surah Al-Israa’, ayat 44:"Langit yang tujuh serta bumi dan segala isi

Iklan

kandungannya memuji ALLAH. Dan tiada suatu pun kecuali ia menyanjung dengan memuji-NYA; akan tetapi

kamu tidak faham pujiannya.”

Iklan

Ayat tersebut jelas memberitahu seluruh umat manusia bahawa binatang yang berkeliaran di bumi juga

memuji-NYA, walaupun pujian itu bukanlah dalam bentuk yang difahami manusia.

Justeru, nyahkanlah sikap suka mendera haiwan, sebaliknya, tanamkanlah sifat ihsan dalam diri kita.

Pendakwah, Mohd Fauzi Mustaffa menjelaskan, meskipun haiwan tiada akal, ciptaan ALLAH SWT yang satu itu juga

punya perasaan dan mahukan layanan yang baik.

Oleh sebab itu, katanya, ALLAH SWT merakamkan dalam al-Quran supaya kita berbuat baik dan ihsan kepada

semua yang ada di muka bumi ini, waima sesama manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Menyambung hujah berkenaan, Mohd Fauzi menjelaskan konsep berbuat baik kepada haiwan terbahagi kepada dua

kategori. Seandainya kita membela atau memelihara binatang, penuhilah tiga hak haiwan iaitu dengan

memberi makanan, minuman dan rehat.

Ujar Mohd Fauzi, penuhilah hak-hak haiwan yang dipelihara dengan sebaiknya agar kita tidak berlaku zalim dengan

ciptaan ALLAH yang satu ini.

Jika kita membela kerbau untuk membajak sawah misalnya, wajib tunaikan semua hak tersebut. Tak boleh 24

jam bebankan kerbau berkenaan dengan membajak sawah saja.

Bukan itu sahaja, jelas agamawan itu, konsep ihsan turut diterapkan dalam agama ketika menyembelih

haiwan untuk dijadikan sumber makanan kita.

Tuturnya lagi, konsep ihsan juga diterapkan ketika menyembelih haiwan iaitu dengan cara menajamkan

pisau.

Begitu juga halnya dengan haiwan yang tidak boleh dimakan seperti binatang perosak atau jenis yang

mendatangkan mudarat kepada manusia. Seandainya dibunuh, terapkan juga konsep ihsan.

Meneruskan perkongsian ilmunya, Mohd Fauzi kemudian menceritakan kisah penganiayaan terhadap haiwan

yang boleh dijadikan iktibar agar kita tidak berlaku zalim terhadap makhluk ALLAH SWT.

Ketika dalam suatu perjalanan, Rasulullah SAW terlihat seekor unta yang sedang merintih dan mengalirkan

air mata. Baginda segera mendekatinya dan mengusap lembut bahagian belakang telinga hingga unta itu

tenang.

Lantas, baginda dalam nada yang tegas bertanyakan:"Siapakah pemilik unta ini?" Maka, seorang lelaki

Ansar menjawab dengan jujur:"Sayalah pemilik unta ini, ya Rasulullah.”

Dalam sebuah hadis masyhur, ujar Mohd Fauzi, Rasulullah SAW telah memberi peringatan dan ancaman

terhadap seorang wanita yang tidak memberi makan dan minum kepada kucingnya ketika mengurungnya.

Bahkan, haiwan comel berkenaan turut tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri.

Baginda SAW bersabda:"Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung hingga mati

kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya." (Riwayat al-Bukhari)

Cintailah haiwan sebagaimana sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada semua makhluk ciptaan ALLAH SWT.

Berdasarkan hadis berkenaan, sudah terang lagi bersuluh, kita dilarang keras menyakiti haiwan apatah

lagi mendera atau menyeksanya, ungkap Mohd Fauzi.

Namun apabila berdepan dengan haiwan yang boleh mengancam nyawa kita, Mohd Fauzi berkata,"Contohnya,

apabila ular masuk ke dalam rumah, Nabi Muhammad SAW berpesan agar kita tidak terus membunuhnya.

Sebaliknya, berilah amaran supaya ia keluar rumah.

Sementara itu, fakta yang dilontarkan oleh Mohd Fauzi turut dipersetujui oleh pendakwah Ahmad Fuad

Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad.

Beliau menambah, salah satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan termasuklah apabila kita menggunakannya

untuk tujuan kepercayaan syirik.

Bagaimana pula jika kita pernah menganiaya haiwan seperti melastik burung suatu ketika dulu tanpa

sengaja ketika diri masih jahil?

Menjawab persoalan itu, Da’i Fuad menjelaskan, taubat paling baik adalah dengan mengakui kelemahan dan

kesalahan diri, menyesal dengan kemaksiatan dilakukan dan berazam tidak mengulanginya.

"Walaupun haiwan itu tidak berakal, tetapi apabila kita memuliakan dan menghargainya, ALLAH SWT akan

memberi timbal balas yang baik kepada kita," pesannya.

Baca juga "Jangan bangga nikmat dunia, kematian menjemput anytime, anyway”- Ebit Lew nasihat jangan lalai

ANEKDOT

RASULULLAH SAW pencinta haiwan.

  • Nabi Muhammad SAW ialah rasul yang sangat menyayangi haiwan dan setiap makhluk yang dijadikan oleh

    ALLAH SWT dalam kehidupannya.

  • Oleh sebab kecintaan itulah, baginda meletakkan nilai kepada haiwan-haiwan tersebut.
  • Sikap itu dapat dilihat apabila Rasulullah SAW menamakan haiwan-haiwan yang selalu menjadi tunggangan

    baginda.

  • Antaranya dalam satu riwayat, disebutkan bahawa kekasih ALLAH itu meletakkan nama al-Murtajaz

    terhadap kuda tunggangannya. Nama itu diilhamkan oleh baginda SAW kerana keindahan warna putih kuda

    berkenaan, selain kekuatannya.

  • Sebab itulah menamakan haiwan tunggangan kita termasuk antara sunah Rasulullah SAW.

  • Walaupun mungkin kita beli kereta yang sudah pasti ada jenamanya, tidak salah kita meletakkan nama

    kepadanya. Ia sebagaimana baginda SAW membubuh nama al-Qaswa kepada unta miliknya.

  • Bukan itu sahaja, Rasulullah SAW juga menyayangi kucing dan kambing.
  • Disebabkan sifat penyayang itu, baginda SAW begitu menjaga makan dan minum haiwan berkenaan serta

    mengehadkan tugasan binatang berkenaan mengikut kemampuan stamina masing-masing.

  • Andai kata seekor haiwan tunggangan baginda tidak mampu bekerja keras atau ke medan perang, maka

    Rasulullah SAW tidak akan menggunakan kuda tersebut untuk tujuan itu. Begitu juga dengan haiwan yang

    uzur dan tidak kuat dalam perdagangan.

Sumber: Sinar Islam Plus