SALAH satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dalam pakej
PEMERKASA adalah program PRIHATIN Kasih.
Program tersebut menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.
Antaranya makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak dan telur yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) dan kedai runcit.
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan depan dan boleh digunakan
bersama dengan elaun bulan berikutnya.
Contohnya:
Jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021
JULAI RM100
OGOS RM100
SEPTEMBER RM100
= JUMLAH RM300
Pembayaran akan disalurkan terus ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan selama tiga
bulan.
Semakan status penerima PRIHATIN Kasih boleh dibuat di sini.
Baca juga Wang moratorium guna sebaiknya, jangan tukar sport rim kereta. 5 tip urus kewangan
Kelayakan:
Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih
yang telah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah layak menerima PRIHATIN
Kasih.
Justeru, bagi korang yang layak bolehlah membuat permohonan segera seperti yang dinyatakan.
Semoga bermanfaat!