Webinar Kashoorga - Coach Zuhri, bantu wanita bujang sering patah hati, mencari jodoh

Iklan
webinar jodoh

MEMAHAMI situasi pandemik Covid-19 lebih-lebih lagi sepanjang tempoh lockdown pastinya rasa sunyi menerpa dalam diri khususnya mereka berstatus bujang.

Tatkala ini mulalah timbul kesedaran dan nekad mencari teman hidup untuk membina keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya memiliki peneman penglipur lara semasa lockdown.

Iklan
Iklan

Bagi golongan wanita yang sememangnya bersifat pemalu usaha mencari jodoh pastinya mencabar. Tambahan pula pada ketika ini aktiviti sosial tidak dibenarkan.

Iklan

Justeru, memahami situasi Kashoorga (portal Muslim kontemporari) mengambil inisiatif bekerjasama dengan Coach Jodoh, Zuhri Yuhyi membantu wanita bujang mencari jodoh dalam pandemik Covid-19.

Iklan

[caption id="attachment_51889" width="576"] WEBINAR Jodoh: ‘Suami Kiriman Ilahi: Biar Jodoh Kejar Kita’ akan diadakan pada 24 Julai 2021 pada jam 10 pagi hingga 1 petang.[/caption]

Ia bertujuan memberi keyakinan kepada wanita supaya mula mengorak langkah dalam ikhtiar cari jodoh yang efektif tanpa kecundang cinta dengan lelaki tidak serius.

Coach Zuhri rasa terpanggil untuk membantu susulan menerima pelbagai keluhan dalam kalangan wanita bujang yang sering kali dipermainkan golongan lelaki tidak serius.

Beliau juga berpendapat bahawa wanita bujang tidak seharusnya melihat lockdown sebagai kekangan untuk pasangan hidup.

[caption id="attachment_51890" width="1024"] COACH Zuhri antara lainnya akan membantu menukar persepsi wanita bahawa situasi lockdown juga mampu membuahkan peluang unik dalam mencari jodoh.[/caption]

Tempoh lockdown pun belum pasti bila hujungnya, takkan para bujang ingin menanti keadaan kembali normal dan mengharapkan situasi sosial bersemuka untuk mencari jodoh?

Dalam pada itu, Coach Zuhri juga akan membantu menukar persepsi bahawa situasi lockdown mampu membuahkan peluang unik dalam mencari jodoh.

Pun begitu, beliau turut mengingatkan supaya wanita lebih berhati-hati, peka dan matang dengan selok-belok mencari jodoh di alam maya.

Oleh itu, Coach Zuhri ingin para wanita bujang yakin dengan penentuan, kuasa dan rahmat ALLAH SWT.

Apabila menyedari perkahwinan adalah antara ibadat seseorang hamba ALLAH SWT, maka wanita seharusnya lebih tenang dan yakin bahawa apa juga ikhtiar cari jodoh berlandaskan agama dan niat beribadah akan dipermudahkan-NYA Insya-ALLAH.

Sehubungan itu, bagi mereka yang berminat menimba ilmu menjemput jodoh jangan lepaskan peluang mendaftar webinar jodoh yang diacarakan oleh Juara Ratu Hijabista, Qila Shahirah bersama Coach Zuhri.

Webinar Jodoh: ‘Suami Kiriman Ilahi: Biar Jodoh Kejar Kita’

Tarikh: 24 Julai 2021 (Sabtu)

Masa: 10 pagi hingga 1 petang

Harga: RM50 sahaja

Link: https://bit.ly/3d6duXo