"MESEJ yang baru saya terima. Pesakit-pesakit Covid-19 sudah mula diletakkan di luar Jabatan Kecemasan HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah), Klang."
Berikut perkongsian Pegawai Perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Menurut beliau situasi tersebut berlaku susulan kapasiti di hospital terbabit yang dikatakan sudah terlalu penuh.
Keadaan itu nampaknya secara tidak langsung melahirkan kebimbangan, apatah lagi jumlah kes jangkitan positif Covid-19 belum menunjukkan kadar penurunan.
Buktinya, sudah dua hari berturut-turut Malaysia mencatatkan jumlah kes melebihi 7,000 kes yang mana hari ini sahaja sebanyak 7,097 kes direkodkan.
Walhal, pihak kerajaan telah melaksanakan tempoh lockdown sejak Jun lalu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.
[caption id="attachment_48582" width="1024"] DR Arisman merayu supaya jumlah kakitangan kesihatan di Jabatan Kecemasan HTAR, Klang ditambah. [/caption]
"Bagaimana nak bantu mereka? Total lockdown kita bulan Jun kelmarin adalah sia-sia dan gagal!," tulis Dr Arisman Wenge.
Justeru, melihat situasi getir sedemikian beliau turut merayu supaya jumlah petugas kesihatan dapat ditambah di HTAR.
[caption id="attachment_51939" width="1024"] SITUASI dikatakan kumpulan pesakit Covid-19 mula diletakkan di luar Jabatan Kecemasan HTAR kerana kapasiti hospital sudah penuh.[/caption]
Dalam pada itu, Dr Arisman Wenge juga menitipkan:"Tolonglah. Hari demi hari semakin banyak mesej gambar dan video saya terima tentang keadaan jabatan kecemasan setiap hospital di negara kita.
Terdahulu, sebelum ini SinarPlus pernah melaporkan prasarana di beberapa buah hospital tidak mampu lagi untuk menampung jumlah kematian akibat koronavirus yang berbahaya itu.
Pada peringkat permulaan, KKM mendedahkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai ruang tambahan menyimpan jenazah Covid-19, kemudian Hospital Selayang pula terpaksa berbuat demikian.
Ini termasuklah, penyediaan kontena jenazah di Hospital Serdang, Selangor; Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru; Hospital Queen Elizabeth I, Sabah dan 'fleximort' khusus untuk jenazah Covid-19 di HTAR, Selangor.
Sumber: Facebook Dr Ariman MD