Selepas susu, kecoh air kelapa dicampur limau nipis, garam didakwa dapat sembuhkan Covid-19. Ini penjelasan sebenar.

Iklan
daging kambing

UNTUK sembuh daripada penyakit, ramai yang pasti akan bersungguh-sungguh untuk buat apa sahaja, meskipun wang yang banyak terpaksa dipertaruhkan.

Itu satu hal, namun perkara yang merungsingkan, sejak pandemik Covid-19 melanda di seantero dunia, muncul sejumlah doktor yang tidak bertauliah yang berhamburan dalam media sosial.

Iklan
Iklan

Mereka sesuka hati sahaja mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan impaknya kepada masyarakat yang seringkali mudah mempercayai maklumat di alam maya.

Hal berkenaan tidak hanya terjadi di Malaysia, malah di negara Asia terutama di Indonesia dan Thailand, muncul mitos-mitos kononnya terdapat sumber lain yang dapat mencegah virus korona, selain vaksin.

Iklan

Terbaharu, di Indonesia, ramai pihak mendakwa air kelapa hijau yang ditambah sedikit dengan perahan limau dan garam dapat menyembuhkan Covid-19!

Iklan

Natijahnya, penduduk di sana memburu kelapa hijau untuk dijadikan 'ubat' melawan virus Covid-19.

Di media sosial di negara itu, telah tular video netizen memotong buah kelapa lalu mencampurkan dengan garam dan limau.

Ia bukan saja dikongsikan menerusi medsos, malah melalui pesanan rantauan di Whatsapp. Padahal, formula itu belum teruji secara klinikal lagi.

Ya, penulis faham dengan situasi meruncing di republik itu yang menyaksikan puluhan ribu rakyatnya yang direkodkan positif ekoran penyebaran varian delta yang sangat pantas.

Pun demikian, setiap cadangan yang dikemukakan haruslah bersandarkan fakta saintifik, bukan boleh percaya begitu sahaja. Begitu juga dengan sejenis susu yang menjadi rebutan ramai apabila didakwa boleh menyembuhkan Covid-19 seperti yang kecoh baru-baru ini.

Mengulas mengenai dakwaan terkini itu, Doktor Gizi dari Fakulti Universiti Indonesia, Saptawati Bardosono tampil menjelaskan keadaan sebenar.

 

Jelas Saptawati, air kelapa hijau mengandung 90 peratus air dan mineral.

Kandungan mineral itu katanya, dikhuatiti dapat menimbulkan reaksi tertentu ketika diminum bersama ubatan lain.

Justeru, beliau menasihatkan agar seseorang tidak minum air kelapa hijau bersama dengan ubat-ubatan lain.

Memetik kenyataan laman perubatan, Healthline, air kelapa mengandung antioksidan dan asam amino yang tinggi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia.

Selain itu, air kelapa hijau juga terkandung protein, vitamin C, kalsium, magnesium dan potasium.

"Khasiatnya dapat menjaga kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan menghidrasi tubuh," katanya.

Artikel yang disiarkan melalui Trunbackhoax.id yang bertajuk 'Air Kelapa, Jeruk Nipis dan Garam untuk Ubat COVID-19 turut menyanggah sekeras-kerasnya 'formula' baharu itu.

 

Foto: Unsplash