BETAPA pilunya hati seorang ibu apabila melihat anak-anak yang masih kecil dijangkiti positif Covid-19.
Inilah dialami pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang sedang berdukacita dan sedih apabila hampir satu keluarganya disahkan positif koronovirus.
Pun begitu, Rebecca bersyukur kerana dirinya bersama dua lagi anak, Nor Ariff Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee negatif.
Ini termasuklah tukang kebun dan tiga lagi pembantu rumah yang bernasib baik tidak dijangkiti wabak tersebut.
Sehubungan itu, selebriti tersebut memohon doa orang ramai agar dikurniakan kesembuhan buat mereka sekeluarga.
Baca juga Cengkung, pucat muka Nia Ramadhani, akui 5 bulan hisap syabu tekanan kerja
Selain itu, Rebecca juga memohon kontak rapat untuk segera melakukan ujian saringan bagi mengesan jangkitan Covid-19.