Wow! Cincin pintar kesan tekanan, kadar oksigen dalam darah

Iklan
Wow! Cincin pintar kesan tekanan, kadar oksigen dalam darah

LAZIMNYA ditawarkan di pasaran adalah jam pintar yang berupaya mengesan dan memantau tekanan darah badan.

Pada masa sama, turut hadir dengan fungsi asas mengira langkah harian sehingga teknologi membaca apa yang terjadi ketika seseorang sedang tidur.

Iklan
Iklan

Justeru, bagi memudahkan individu mengesan tekanan dan kadar oksigen dalam darah, Fitbit mempatenkan satu produk berupa cincin pintar.

Iklan

Cincin tersebut dikatakan mempunyai sensor yang diiktiraf untuk penggunaan perubatan membaca kadar oksigen dalam darah ataupun tekanan darah.

Iklan

Bagaimanapun, ciri dan fungsi lain pada cincin pintar berkenaan masih belum diperincikan termasuk sama ada akan menjadi produk komersial ataupun tidak.

Pun begitu, penggunaan cincin pintar dalam dunia kecergasan bukanlah sesuatu yang baharu.

Baca juga Jadi idaman ramai, telefon boleh lipat Samsung Siri Galaxy Z yang mengancam dan stailo

Pada masa sama, didapati tidak efisien berbanding jam tangan pintar.

Sama-sama kita nantikan pengeluaran cincin pintar keluaran Fitbit iaitu sebuah syarikat produk kecergasan pintar seperti penjejak kesihatan, jam tangan pintar dan penimbang pintar.

Sumber: Amanz